Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Isnin, Jun 24, 2013

Pengumuman: saya berhenti mengambil tempahan buat sementara waktu.

Posted by Awie | Isnin, Jun 24, 2013 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Saya ingin mengumumkan berhenti sementara daripada mengambil tempahan potret. Harap maaf kerana tidak dapat berbuat demikian di atas sebab tertentu. Sila layari blog saya dari masa ke semasa untuk makluman seterusnya. Sekian terima kasih.

Isnin, Ogos 13, 2012

Karya akan diupdate sedikit masa lagi

Posted by Awie | Isnin, Ogos 13, 2012 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum Wbt dan selamat sejahtera.

Sudah lama blog ini tidak ada entri yang baru. Bukan kerana tiada karya tetapi saya sibuk dengan hal-hal lain yang perlu diselesaikan. karya ada banyak, jadi hanya menunggu masa untuk dikemaskini ke dalam blog.

Saya sebolehnya tidak mahu entri yang kosong tanpa karya, oleh itu jarang sekali entri blog saya yang tiada karya di sampingnya. Ini kerana saya ingin berkongsi dengan tuan-tuan semua karya-karya terbaru yang saya hasilkan. Kerana ini adalah blog lukisan. jadi pada pendapat saya,entrinya juga mestilah berkaitan lukisan.

Oklah cukup dulu setakat ni. Saya akan kembali dengan entri terbaru berkenaan karya saya sedikit masa lagi. Sekian,wassalam.

Selasa, Mac 06, 2012

Potret Dua Beradik Comel

Posted by Awie | Selasa, Mac 06, 2012 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Wah, memang dah lama tak kemaskini blog ni. Apa khabar semua? Alhamdulillah harap-harap semua sihat wal afiat. Potret ni memang dah lama peram, duk main tangguh nak upload. Tapi kalau tuan-tuan adalah rakan Facebook saya, tuan-tuan pasti sudah tengok potret ni terlebih dahulu sebab saya dah upload kat sana. 

Sebetulnya ada banyak potret yang dah siap dan sudahpun dihantar kepada pelanggan. Cuma saya tidak berkesempatan hendak masukkan ke dalam blog. Ini adalah satu di antaranya. Kesibukan di tempat kerja adalah salah satu faktornya yang menyebabkan blog ini agak terbiar sedikit. Maklumlah, saya adalah part time artist. 

Potret ini adalah tempahan kawan saya. Daripada dua keping gambar dicantumkan menjadi satu. Alhamdulillah, berjaya juga mengatur kedudukan dua anak kecil ini supaya nampak natural. Dari respon yang diterima, nampaknya kawan saya ini sangat berpuas hati. Syukurlah, respon yang baik daripada pelanggan memberi semangat kepada saya untuk membuat yang lebih baik lagi. Kepuasan hati pelanggan saya letak di tempat pertama.

Saya rasa cukuplah dulu buat kali ini. Kita sambung lagi dalam entri-entri yang baru. 

Sekian, wassalam.

Rabu, November 16, 2011

POTRET SEMPENA PERKAHWINAN

Posted by Awie | Rabu, November 16, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bersua kita kali ini bagi entri yang baru. Potret di sebelah ditempah oleh kawan yang berada di Putrajaya. Sehingga kini dah ada tiga potret baru yang sudah siap, cuma belum berkesempatan untuk upload ke dalam blog.

Potret ini kawan saya hendak hadiahkan kepada rakannya sempena perkahwinan mereka. Saya doakan semoga perhubungan berkekalan. 

Sebuah potret sudah tentu menarik perhatian sesiapa sahaja yang menerimanya kerana lain daripada yang lain. Kalau biasanya kita beli set pinggan mangkuk, frame gambar, set kutleri, dan apa-apa saja tetapi jarang yang memberi hadiah potret di majlis seperti ini. Apa kata kita lari sikit daripada kebiasann, kita tempah potret. InsyaAllah, orang akan lebih menghargainya kerana potret biasanya digantung di dinding. Jadi, orang pasti akan ingat kita sebagai tetamu di majlis mereka melebihi tetamu lain.

Selain daripada majlis kahwin, kita juga boleh memberi hadiah potret semasa majlis perpisahan, hari jadi, hari guru, dan bermacam-macam lagi. Yang lebih penting, ia boleh disimpan dalam tempoh yang lama dengan syarat dibingkaikan terlebih dahulu.

Saya mohon untuk berundur diri dulu. Semoga kita dapat berjumpa di lain entri.

Sekian, wassalam.

Ahad, Oktober 23, 2011

Potret Baby Nurul, Terengganu

Posted by Awie | Ahad, Oktober 23, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu pada entri yang ke sekian kalinya hari ini. Semoga tuan-tuan pembaca blog ini semua dalam kesihatan yang baik.

Baiklah, di sebelah kiri saya ini potret baby kawan saya, seorang guru di Terengganu. Comel babynya. Potret ini dihantar melalui pos ekspres pada hari khamis lepas. Kawan saya bagitau, dah dapat potret hari ini. fuh, lega saya. Setakat ini alhamdulillah tiada potret yang sangkut. semuanya dapat dihantar dengan selamat. Keadaan potret pun tip top sebab saya dah lapis dengan plastik tebal.Terima kasih juga kepada Pos Malaysia kerana secara tidak langsung telah membantu urusan saya.

Ini anak kedua kawan saya. Yang sulung lelaki. Jadi dah dapat sepasang. Kepada Cikgu Nurul, harap suka dengan potret ini. Jagalah dengan baik supaya dapat dapat tahan lama. Bingkaikan potret ini. Itu penting untuk menjaga ketahanannya.

Akhir kata daripada saya, silalah bertanya kepada saya sekiranya mahu membuat penempahan. Saya sedia memberikan khidmat yang terbaik kepada semua. Jangan risau dengan pembelian potret secara online kerana saya tidak pernah menipu pelanggan. Harga pula masih lagi boleh dibincangkan tetapi bergantung juga kepada saiz dan kuantiti yang ditempah. Selamat menempah.

Sekian dahulu, wassalam.

Rabu, Oktober 19, 2011

Potret Guru Yang Seterusnya

Posted by Awie | Rabu, Oktober 19, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pada kali ini sekali lagi saya kita bercerita pasal potret guru. Ini kerana saya mendapat dua tempahan potret guru sekolah dalam masa dua minggu yang lepas. Selepas potret ini barulah potret yang lain sikit, yang tu saya akan cerita pada masa yang lain.

Potret ini ditempah sempena persaraan. Sesudah lama mencurahkan bakti kepada anak bangsa, maka tibalah masa untuk bersara. Bermulanya suasana baru kerana sudah tidak terlibat dengan karenah murid-murid, dengan bisingnya, nakalnya dan sebagainya. Sekarang adalah masa untuk mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta. Masa untuk mengumpul sebanyak mana pahala yang mana semasa bekerja dahulu mungkin tidak dapat mendekatkan diri secara lebih rapat denganNya. Itu lumrah untuk orang yang bekerja.

Saya ucapkan selamat bersara kepada cikgu. Semoga senantiasa di dalam lindungan Allah s.w.t. Diharap juga potret ini sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada cikgu.

Saya mohon izin untuk mengundur diri dahulu. Semoga kita dapat berjumpa lagi di ruangan yang lain.

Sekian, wassalam.

Ahad, Oktober 16, 2011

Potret Guru

Posted by Awie | Ahad, Oktober 16, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bismillah pembuka kata, alhamdulillah kerana dapat meneruskan penulisan blog ini bagi sekian kalinya. Perniagaan saya sekarang ini juga sudah makin baik. Semuanya lancar dan tidak ada apa-apa masalah. Sudah tentunya saya rasa syukur kepada nikmat yang diberikan dengan rasa penuh terharu dan takjub dengan fakta betapa Allah s.w.t itu maha pemurah lagi maha mengasihani.

Potret yang ingin saya paparkan kali ini adalah potret seorang guru. Seingat saya ini adalah potret guru yang kedua saya lukis. Teringat pula kepada guru-guru yang pernah mengajar saya dulu.Seronok juga semasa di sekolah dulu dengan pelbagai kisah-kisah menarik yang berlaku menjadi sebahagian daripada pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Pekerjaan guru sesungguhnya satu pekerjaan mulia. Guru ibarat lilin yang menerangi malam walaupun diri cair kerana hangatnya api. Begitulah perumpamaan yang dapat kita kaitkan dengan profession guru. Seorang guru mendapat pelbagai kebaikan semasa di dunia dan di akhirat kerana di antara tiga amalan yang tidak putus walaupun sesudah kita meninggal dunia ialah ilmu yang bermanfaat.

Sebenarnya saya mendapat satu lagi tempahan potret seorang guru untuk dilukis dan sekarang ni sudahpun dihantar kepada tuan penempah. Semoga tuan-tuan semua gembira dan suka dengan hasil kerja saya. Semoga lain kali kita dapat berurusniaga lagi.

Saya rasa setakat ini dulu buat kali ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi di alam maya ini lain kali. Sekian, wassalam.