Rabu, Mei 26, 2010
Sekitar tahun 1998/1999 dulu britney spears ni sangat popular. Pendek kata lagu-lagu dia ni menjadi siulan remaja la. Masa tu saya berpraktikal di UiTM Shah Alam. Ada masa terluang maka saya pun melukis potret dia. Potret ni sekadar mengasah bakat seni saya dan mengisi masa terluang.
Sekarang ni Britney Spears pun dah jadi mak budak. Maknanya dah lama lah lukisan ni, lebih kurang 10 tahun yang lepas. Itu lah halnya dengan potret ni. Apabila ditenung-tenungkan teringat pulak semasa masih belajar kat UiTM dulu. Nilai sentimental tu menjadikan ia bernilai.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Currently have 0 comments: