Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Rabu, November 16, 2011

POTRET SEMPENA PERKAHWINAN

Posted by Awie | Rabu, November 16, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bersua kita kali ini bagi entri yang baru. Potret di sebelah ditempah oleh kawan yang berada di Putrajaya. Sehingga kini dah ada tiga potret baru yang sudah siap, cuma belum berkesempatan untuk upload ke dalam blog.

Potret ini kawan saya hendak hadiahkan kepada rakannya sempena perkahwinan mereka. Saya doakan semoga perhubungan berkekalan. 

Sebuah potret sudah tentu menarik perhatian sesiapa sahaja yang menerimanya kerana lain daripada yang lain. Kalau biasanya kita beli set pinggan mangkuk, frame gambar, set kutleri, dan apa-apa saja tetapi jarang yang memberi hadiah potret di majlis seperti ini. Apa kata kita lari sikit daripada kebiasann, kita tempah potret. InsyaAllah, orang akan lebih menghargainya kerana potret biasanya digantung di dinding. Jadi, orang pasti akan ingat kita sebagai tetamu di majlis mereka melebihi tetamu lain.

Selain daripada majlis kahwin, kita juga boleh memberi hadiah potret semasa majlis perpisahan, hari jadi, hari guru, dan bermacam-macam lagi. Yang lebih penting, ia boleh disimpan dalam tempoh yang lama dengan syarat dibingkaikan terlebih dahulu.

Saya mohon untuk berundur diri dulu. Semoga kita dapat berjumpa di lain entri.

Sekian, wassalam.

Ahad, Oktober 23, 2011

Potret Baby Nurul, Terengganu

Posted by Awie | Ahad, Oktober 23, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu pada entri yang ke sekian kalinya hari ini. Semoga tuan-tuan pembaca blog ini semua dalam kesihatan yang baik.

Baiklah, di sebelah kiri saya ini potret baby kawan saya, seorang guru di Terengganu. Comel babynya. Potret ini dihantar melalui pos ekspres pada hari khamis lepas. Kawan saya bagitau, dah dapat potret hari ini. fuh, lega saya. Setakat ini alhamdulillah tiada potret yang sangkut. semuanya dapat dihantar dengan selamat. Keadaan potret pun tip top sebab saya dah lapis dengan plastik tebal.Terima kasih juga kepada Pos Malaysia kerana secara tidak langsung telah membantu urusan saya.

Ini anak kedua kawan saya. Yang sulung lelaki. Jadi dah dapat sepasang. Kepada Cikgu Nurul, harap suka dengan potret ini. Jagalah dengan baik supaya dapat dapat tahan lama. Bingkaikan potret ini. Itu penting untuk menjaga ketahanannya.

Akhir kata daripada saya, silalah bertanya kepada saya sekiranya mahu membuat penempahan. Saya sedia memberikan khidmat yang terbaik kepada semua. Jangan risau dengan pembelian potret secara online kerana saya tidak pernah menipu pelanggan. Harga pula masih lagi boleh dibincangkan tetapi bergantung juga kepada saiz dan kuantiti yang ditempah. Selamat menempah.

Sekian dahulu, wassalam.

Rabu, Oktober 19, 2011

Potret Guru Yang Seterusnya

Posted by Awie | Rabu, Oktober 19, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pada kali ini sekali lagi saya kita bercerita pasal potret guru. Ini kerana saya mendapat dua tempahan potret guru sekolah dalam masa dua minggu yang lepas. Selepas potret ini barulah potret yang lain sikit, yang tu saya akan cerita pada masa yang lain.

Potret ini ditempah sempena persaraan. Sesudah lama mencurahkan bakti kepada anak bangsa, maka tibalah masa untuk bersara. Bermulanya suasana baru kerana sudah tidak terlibat dengan karenah murid-murid, dengan bisingnya, nakalnya dan sebagainya. Sekarang adalah masa untuk mendekatkan diri dengan yang Maha Pencipta. Masa untuk mengumpul sebanyak mana pahala yang mana semasa bekerja dahulu mungkin tidak dapat mendekatkan diri secara lebih rapat denganNya. Itu lumrah untuk orang yang bekerja.

Saya ucapkan selamat bersara kepada cikgu. Semoga senantiasa di dalam lindungan Allah s.w.t. Diharap juga potret ini sedikit sebanyak memberi kegembiraan kepada cikgu.

Saya mohon izin untuk mengundur diri dahulu. Semoga kita dapat berjumpa lagi di ruangan yang lain.

Sekian, wassalam.

Ahad, Oktober 16, 2011

Potret Guru

Posted by Awie | Ahad, Oktober 16, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bismillah pembuka kata, alhamdulillah kerana dapat meneruskan penulisan blog ini bagi sekian kalinya. Perniagaan saya sekarang ini juga sudah makin baik. Semuanya lancar dan tidak ada apa-apa masalah. Sudah tentunya saya rasa syukur kepada nikmat yang diberikan dengan rasa penuh terharu dan takjub dengan fakta betapa Allah s.w.t itu maha pemurah lagi maha mengasihani.

Potret yang ingin saya paparkan kali ini adalah potret seorang guru. Seingat saya ini adalah potret guru yang kedua saya lukis. Teringat pula kepada guru-guru yang pernah mengajar saya dulu.Seronok juga semasa di sekolah dulu dengan pelbagai kisah-kisah menarik yang berlaku menjadi sebahagian daripada pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Pekerjaan guru sesungguhnya satu pekerjaan mulia. Guru ibarat lilin yang menerangi malam walaupun diri cair kerana hangatnya api. Begitulah perumpamaan yang dapat kita kaitkan dengan profession guru. Seorang guru mendapat pelbagai kebaikan semasa di dunia dan di akhirat kerana di antara tiga amalan yang tidak putus walaupun sesudah kita meninggal dunia ialah ilmu yang bermanfaat.

Sebenarnya saya mendapat satu lagi tempahan potret seorang guru untuk dilukis dan sekarang ni sudahpun dihantar kepada tuan penempah. Semoga tuan-tuan semua gembira dan suka dengan hasil kerja saya. Semoga lain kali kita dapat berurusniaga lagi.

Saya rasa setakat ini dulu buat kali ini. Semoga kita dapat berjumpa lagi di alam maya ini lain kali. Sekian, wassalam.

Rabu, Oktober 12, 2011

Potret baru selepas raya

Posted by Awie | Rabu, Oktober 12, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Lama juga saya bercuti dari melukis. Agak kekok juga untuk mula kembali. Rasanya dah dua bulan blog ini tidak dikemaskini. Alhamdulillah perniagaan potret online masih lagi berjalan lancar Di samping melakukan tugas hakiki di pejabat, saya masih diberi keizinan oleh Allah s.w.t untuk melakukan kerja luar dengan sempurna.

Potret ini sudah diserahkan kepada penempah minggu lepas. Foto rujukan adalah bersaiz passport. Agak sulit juga untuk menterjemahkan foto yang sekecil itu ke kertas lukisan. Tetapi dengan ketekunan dan kesungguhan pasti apa-apa jua pun kerja yang dilakukan mendapat hasil yang setimpal.

Minggu lepas PM mengumumkan bajet 2012 yang menyaksikan banyak berita gembira terutamanya kepada kakitangan awam. Walaubagaimanapun, biasanya harga barang juga akan melambung. Semakin hari wang akan kehilangan nilainya. Itulah dia lumrah dunia.

Saya pun sebenarnya sudah lama tidak menulis, jadi terasa payah untuk menghasilkan idea-idea yang baik untuk penulisan pada kali ini. Mohon izin untuk menoktahkan setakat ini sahaja. Sampai jumpa lagi di lain entri. Sekian, wassalam.

Rabu, Jun 29, 2011

Kawanku seorang Pegawai Tadbir di Kementerian Pelajaran, Putrajaya

Posted by Awie | Rabu, Jun 29, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Apa khabarnya anda semua hari ini? Adakah dalam keadaan kesihatan yang terbaik atau sebaliknya? Saya doakan semoga anda semua sihat wal afiat. Kalau kurang atau tidak sihat tak mengapa, itu sudah lumrah manusia. Usahakan agar cepat sembuh. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t semoga kita memperoleh kesihatan. Nikmat kesihatan amat tinggi nilainya yang mana kita tidak akan tahu sehinggalah kita sakit. Baru-baru ini saya telah pergi melawat sepupu isteri saya di hospital USM. Keadaan beliau sungguh meruntun hati saya kerana dengan umur yang masih muda terlantar di katil hospital dek kerana lumpuh kaki dan juga tangan kanan beliau. Lebih teruk lagi Mulut beliau pula tidak dapat berkata-kata. Hanya air mata yang dapat mempamerkan kesengsaraan yang dihadapi. Ya Allah, sungguh berat dugaan yang diberikan kepada beliau. Semoga diberikan peluang untuk sembuh seperti sediakala, insyaAllah.

Sekarang ini izinkan saya bercerita tentang potret yang saya paparkan di entri ini. Tajuk sudah menerangkan mengenai identiti si penempah. Nama si empunya dirinya Fariz bersama isterinya yang baru setahun dinikahi. Fariz adalah antara kawan saya yang agak rapat dengan saya suatu ketika dahulu. Beliau ini seorang yang penuh berdisiplin sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Sesuailah dengan jawatan yang disandang sekarang iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik. Orangnya tidak sombong dan tutur katanya amat sopan. Rajin dan juga berdedikasi. Bukan tujuan saya hendak mempromosi beliau tetapi sifat-sifat peribadi beliau yang baik itu memang patut kita contohi.

Melukis potret ini agak sukar terutamanya nak melukis pasangannya tu yang agak mencabar. Lagi yang susah adalah crown dan juga sulaman-sulaman pada baju dan juga tudung. Biasalah potret pengantin kan...memanglah susah sikit. Bagaimanapun apabila dah selesai memang puas hati. Lagi satu, kedudukan antara pasangan lelaki dan juga perempuan agak jauh tetapi saya dekatkan kerana nak muatkan atas satu kertas. Alhamdulillah tak nampak janggal.

Nanti ada projek baru atas kertas besar, kata orang yang nak tempah tu saiz tiga kali saiz A3. Wow besarnya. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih semua yang sudi membaca blog ini. Jumpa lagi di entri yang akan datang.

Sekian, wassalam.

Jumaat, Jun 24, 2011

Lukisan Potret Puan Syalwa & Suami dari Cheras, Kuala Lumpur

Posted by Awie | Jumaat, Jun 24, 2011 | Category: | 0 comments


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Saya baru sahaja empat hari balik daripada Kuala Lumpur kerana program Hari Keluarga pejabat saya. Balik-balik bukannya boleh duduk rilek je, sambung melukis tempahan yang ada. Walau apa pun inilah kerja sampingan saya yang dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan harian. Barang makin naik kan, gaji duk takuk tu je lah. Kena pandai cari punca hasil yang lain.

Potret yang saya nak cerita ni adalah potret sebenarnya sudah diposkan kira-kira seminggu yang lepas. Selepas tu ada siap lagi satu potret tetapi tidak dimasukkan di blog ini atas kehendak pelanggan. Terima kasih puan Syalwa kerana kesudian melanggan potret dengan saya walaupun puan tidak mengenali saya. Kepercayaan pelanggan semua amat saya hargai kerana bukan senang hendak memperolehinya. Apatah lagi membeli secara atas talian (online). Entah jujur atau tidak penjual yang kita berurusan tu. Saya faham masalah ini kerana saya adalah seorang yang terlibat secara langsung dengan bidang IT. Walaubagaimanapun zaman sentiasa berubah. Jadi kita kenalah boleh mengadaptasi persekitaran dan perubahan-perubahan yang ada dengan diri kita. Orang kata mengikut peredaran zaman.

Potret ini juga adalah hasil ubahsuai iaitu mendekatkan kedua-dua orang di dalam foto.Saya kena pandai mengagak saiz muka pasangan ini dengan sewajarnya. Alhamdulillah berjaya juga. Saya menggunakan latar belakang hitam kerana ruangan kosong amat sedikit dan saya rasa perlukan hitam untuk menimbulkan objek yang dilukis.

Saya ucapkan semoga Puan Syalwa dan suami beliau sentiasa beroleh kebahagiaan dan hidup ceria selalu. Semoga potret ini dapat mengeratkan lagi hubungan puan suami isteri.

Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah berjumpa lagi kita di entri yang baru.

Wassalam.

Isnin, Jun 06, 2011

Hadiah Persaraan- Potret Hitam Putih

Posted by Awie | Isnin, Jun 06, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hai apa khabar pengunjung blog sekalian? Harap-harapnya kesihatan di tahap terbaik. Kesihatan kena selalu dijaga agar tidak merana kemudian hari. Saya pun sudah mula mengambil berat tentang kesihatan sekarang ni. Bukan apa, usia dah semakin banyak, penyakit makin senang nak hinggap. Masa muda dulu tak kisah sangat tentang apa yang dimakan dan diminum. Apa-apapun kena beringat ya.

Oklah, Di sebelah kiri ni adalah potret yang baru. Dah poslaju ke Kluang Johor. Alhamdulillah siap dengan jayanya. Harap-harap suka lah ye dengan hasil kerja saya ni. Sebenarnya ada sedikit kesilapan semasa mengambil foto lukisan ni. Tak perasan setting kualitinya adalah VGA. So kualitinya amat rendah, tak nampak detail gambar.

Melukis potret ni tak banyak masalah sebab foto asalnya sangat jelas. Itulah kelebihannya jika menggunakan foto yang jelas. Hasilnya juga sangat jelas. Kadang-kadang jika foto asal tidak jelas iaitu kabur, hasilnya pun kurang berkualiti sebab sukar untuk menentukan pencahayaan, saiz pancaindera, bentuk muka dan sebagainya kerana setiap manusia adalah berbeza bentuk wajahnya dan juga saiz atau bentuk pancainderanya. Itulah uniknya kita.

Saya rasa setakat ini dahulu coretan pada kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian membaca blog ini. Jika berminat untuk memiliki potret seperti yang dipaparkan di blog ini sudi-sudikan lah menempah dengan saya.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.


Jumaat, Mei 27, 2011

Tempahan Terbaru Dari Negeri Sembilan

Posted by Awie | Jumaat, Mei 27, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah saya berasa amat syukur sekali kerana di kala ini kesihatan saya di tahap yang baik.  Dalam 2-3 minggu lepas saya menghadapi sedikit masalah kesihatan yang membuatkan saya rasa besarnya nikmat kesihatan. Oklah, tinggalkan dulu cerita tu, sekarang ni kita kembali ke cerita mengenai potret terbaru saya pula.

Potret ini sudah lama disiapkan dan baru hari ini saya berkesempatan untuk upload di blog ni. Tempahan potret ini saya dapat daripada facebook. Tidak dinafikan facebook banyak membantu mendekatkan saya dengan pelanggan-pelanggan. Disamping dapat menambah rakan-rakan baru saya juga dapat mempamerkan hasil kerja saya di fb.

Tempahan ini daripada Negeri Sembilan, daripada sebuah Institusi pengajian tinggi. Pasangan yang sama padan sama lawa, saya ucapkan semoga berkekalan ke jinjang pelamin. 

Sekian sahaja buat kali ini. Jumpa di lain entri.

Wassalam.

Isnin, April 18, 2011

Potret CEO ESPEK, Selangor

Posted by Awie | Isnin, April 18, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Ini adalah potret terbaru saya seorang CEO sebuah agensi yang menguruskan ladang dan kilang RISDA. Potret ini dihantar dengan Poslaju hari Sabtu lepas.

Dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain memberi kedamaian kepada saya. Sedikit bantuan dari segi penyediaan cenderamata iaitu potret ini semoga dapat membantu penempah dari segi masa dan tenaga kerana tidak perlu bersusah payah ke galeri-galeri lukisan, menjiimatkan minyak kereta kerana tidak perlu keluar untuk menempah di kedai, hanya di depan komputer, malah masa juga dapat digunakan untuk perkara-perkara lain yang lebih mustahak. Cuma tinggal lagi, hanya perlu buat frame kat kedai.

Terima kasih kepada saudara yang sudi menempah potret ini. Semoga ia telah memenuhi sepertimana kehendak tuan.

Sekian, wassalam.

Sabtu, April 16, 2011

POTRET CIKGU DARI JERANTUT, PAHANG

Posted by Awie | Sabtu, April 16, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Hari ini ada 3 potret yang dah siap tetapi belum upload. Sebenarnya sebelum yang tiga keping ni dah ada 2 keping yang lagi awal siap, tapi tak boleh dimasukkan di blog ini atas permintaan pemiliknya.

Pemilik potret ini adalah sebenarnya kawan baik saya yang sekarang bertugas di Jerantut, Pahang. Kelmarin hantar dengan pos laju, semalam tuan dia dah tanya mana potret dia kat dalam blog? ha ha cikgu, maafkan saya lambat upload. Senangnya bekerja dengan dia, orang kata tak banyak songeh. Suruh bank-in terus bank-in, bak kata orang Kelantan "mudoh bbaso". Cikgu Azuri, kawan lama saya sejak sekolah rendah. Masa dulu selalu saya berbasikal ke rumahnya yang jauhnya lebih kurang 3-4 KM dari rumah saya. Selepas naik ke sekolah menengah, kami berlainan kelas.Dia geng lain, saya geng lain. Setahun dua ni barulah kembali kamcing.

Saya dapati, kawan-kawan dari sekolah rendah lebih rapat daripada kawan-kawan selepas tu, tak kira kawan seuniversiti, kawan sepejabat dan sebagainya. Antara sebabnya kita kenal habis keluarga kawan kita tu dan selalu berkunjung ke rumah mereka. Mungkin tuan-tuan lain pula keadaannya.

OKlah, sekarang ada lagi satu projek potret nak buat. Lagi satu masih menunggu foto. Tapi malam ni nak berehat dulu. dah lebih kurang seminggu lebih tak rehat. Melukis non-stop. Alhamdulillah, bersyukur rasanya kerana sudah semakin ramai yang mempercayai bakat saya. Diharap dapat saya sumbangkan sedikit sebanyak hasil kerja saya kepada anda semua.

Semoga berjumpa lagi di entri seterusnya.

Sekian, wassalam.

Ahad, April 03, 2011

Potret Adik & pasangannya

Posted by Awie | Ahad, April 03, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Saya ada terfikir, ada ke orang yang baca blog ni. Tapi kalau tengok kat jumlah pengunjung nampak bertambah. Oklah tu, walaupun tak ramai. Tak mengapalah, kalau takde blog ni susah jugak saya nak promote lukisan. Walaupun jumlah pengunjung tak la seramai kat blog hiburan, tapi alhamdulillah rezeki tak pernah putus setakat ni. Syukur..

Untuk entri ni saya masukkan potret adik saya dan isterinya yang menetap di Kuala Lipis. Potret ni sebenarnya dah lama dimintak oleh adik tetapi layan potret orang lain dulu. Ibarat pepatah "Kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan" .betul ke ntah pepatah ni saya tulis, tak pasti lah, kena refer sumber yang betul.

Adik saya ni  yang ke-5 dalam keluarga saya seramai 10 orang. Keluarga besar. Seronok apabila dapat berjumpa masa masing-masing balik kampung.

Projek yang terkini adalah menyiapkan 2 keping potret daripada 5. Semalam baru siap 1, malam ni kena siapkan lagi 1. Penat jugak lah, tapi takpelah cari rezeki halal.

Rasanya takde idea nak cerita panjang. Setakat ni dulu lah.
Jumpa lagi di lain entri.

Sekian, wassalam.



Jumaat, Mac 11, 2011

Potret ke-3 Tempahan Kak Wanah

Posted by Awie | Jumaat, Mac 11, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejatera,

Pertama sekali syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan izin serta limpah kurniaNya dapat saya meneruskan penulisan blog ini hingga ke sekian kalinya dan juga tidak putus-putus dikurniakan rezeki dalam bidang ini.

Di sebelah ini adalah potret tempahan daripada Kak Wanah yang ke-3. Terima kasih kak kerana masih lagi berminat dengan hasil kerja saya. Ini adalah juga anak-anak kak wanah yang kedua dan ketiga yang mana sebelum ini potret anak sulung beliau sudahpun dilukis.Kiranya hampir lengkap seisi keluarga diabadikan dalam bentuk potret. Tinggal lagi potret suami belum buat.

Potret ini juga adalah cantuman dua gambar di mana pencahayaannya berbeza kerana satu gambar di bawah pokok dan satu lagi di ruang terbuka. Di sini perlukan kreativiti bagi menyeimbangkan pencahayaan kedua-dua orang model tersebut. Saiz wajah juga perlu diseimbangkan.

Selepas ini perlu teruskan dengan projek dua keping potret lagi. Ada lagi permintaan daripada rakan di Kuala Lumpur dan satu lagi projek lukisan 12 keping sedang dalam perancangan.

Setakat ini dulu coretan saya. Jumpa lagi di lain entri.

Sekian, wassalam.

Rabu, Mac 02, 2011

Potret tempahan dari Shah Alam

Posted by Awie | Rabu, Mac 02, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Dah sebulan tak upload potret. Ada satu potret dah siap lama tapi belum upload kerana yang original pun belum diambil oleh tuannya. Oleh itu, simpan dulu yang tu. Hari ni nak upload yang lain. Alhamdulillah, setakat ini tempahan masih tidak putus diterima, walaupun kuantitinya tidak banyak. Tapi syukur, kerana masih ada ruang untuk saya mencari rezeki sampingan. Setakat hari ini, ada 3 tempahan lagi yang perlu disiapkan.

Hari ni potret yang saya upload adalah potret seorang bos di Shah Alam. Tak sempat nak ambil gambar pakai kamera digital yang biasa saya gunakan sebaliknya saya guna hand phone. Kualitinya tak sebaik kamera digital tapi Ok la.

Lukisan ni dah diposkan ke Shah Alam minggu lepas. So, lepas ni kena teruskan dengan projek yang lain.

Cukup dulu setakat ni. Lain masa dan ketika kita bertemu lagi di alam digital ini. Sekian, wassalam.

Ahad, Januari 23, 2011

Kawan semasa sekolah menengah dulu, Mek Ja

Posted by Awie | Ahad, Januari 23, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamalaikum w.b.t,

Hai, apa khabar? Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.Potret ini adalah satu batch dengan potret Encik Faizul (potret couple) yang mana dihantar dengan tangan ke Melaka. Yang ini kawan satu kelas masa sekolah menengah dulu. Terima kasih kawan-kawan kerana bagi sokongan kepada bisnes saya.

Nama manjanya Mekja. Gelaran yang sinonim dengan gadis-gadis Kelantan. 

Pada 18-19 Disember tahun lepas kami mengadakan program reunion bekas pelajar Sekolah Menengah Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas , Kelantan. Sambil-sambil ke program tu dapat jugak dua order. Alhamdulillah. Seronok rasanya dapat berjumpa kawan-kawan lama setelah 15-20 tahun tak jumpa.

Oklah, rasanya setakat ni dululah entri ni. InsyaAllah bersua kita pula di lain entri.

Sekian, wassalam.

Sabtu, Januari 22, 2011

Potret En Faizul, Pegawai Kementerian Pelancongan

Posted by Awie | Sabtu, Januari 22, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t,

Hari ni rajin sikit update blog. Ini adalah entri yang kedua untuk malam ni. Potret kawan baik saya.

Potret ini ditempah sempena ulang tahun ke-5 perkahwinan beliau. Siap mintak tulisan jawi, kena la layan. Cuba-cuba kaligrafi pulak. Rasanya bukan kaligrafi sangat pun.

Potret ni dihantar dengan tangan ke Melaka kerana kebetulan ada reunion sekolah kami di sana. jadi ambil peluang tu la.

Nampaknya berpuas hati betul bila dapat lukisan ni. Terima kasih Jo sebab sudi tempah dengan saya. Lain kali boleh order lagi ye. Harap-harap lukisan ni dapat mengeratkan lagi hubungan demo suami isteri.

Oklah, setakat ni dulu buat kali ni.

Wassalam.

Potret order dari Putrajaya

Posted by Awie | | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah dapat juga saya update blog ini hari ni. Sejak kebelakangan ini saya kurang sihat kerana gastrik.Masuk wad 1 malam sebab tu lah.

Sekarang ni syukur ke hadrat Ilahi kerana kesihatan sudah bertambah baik.

Karya ini adalah tempahan daripada seorang pegawai kerajaan di Putrajaya. Terima kasih Puan kerana sudi menempah dengan saya.

Potret ini diubahsuai daripada foto asal kerana sorang berdiri dan sorang lagi duduk. Jadi nak bagi fit dalam satu frame kenalah ubahsuai sikit. Oklah, itu saja cerita potret ini. Jumpa lagi.

Sekian.

Selasa, Januari 04, 2011

Projek potret pukal

Posted by Awie | Selasa, Januari 04, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Apa khabar?Bulan 12 adalah bulan yang paling sibuk untuk saya, dengan kerjanya, aktiviti-aktivitinya, musim tengkujuh pun effect kat aktiviti-aktiviti seharian. Tetapi yang paling susahnya, hotspot dah ditamatkan di kawasan rumah saya, jadi kerja-kerja update blog tak dapat dilakukan dengan lancar.

Sekarang ni saya sibuk dengan projek potret yang dipesan dengan kuantiti yang banyak. Jadi, tengah buat yang tu la. Mungkin besok dah boleh hantar kat tuan dia. Tapi sayang, tuan dia pesan tak boleh expose kat blog ni..so just cerita saja lah.

Oklah, takat ni  dulu...jumpa lagi.

Wassalam.