Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Jumaat, Disember 03, 2010

Potret kedua Encik Helmi

Posted by Awie | Jumaat, Disember 03, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Walaupun  belajar dah habis tapi masih lagi sibuk dengan urusan-urusan lain. Jadi, blog pun jarang-jarang update. Alhamdulillah baru ada masa nak update.

Jadi, potret ini adalah yang terbaru. Sebenarnya ada lagi 2 keping potret yang dah siap, tetapi customer tak nak display kat sini atau fb, jadi saya perlu hormati kehendak mereka. Oklah, sekurang-kurangnya ada yang ni, dapat juga saya update blog ni. Kalau takde potret nak dipamer kat sini, rasa macam tak lengkap sebagai blog seorang pelukis seperti saya ni.

Potret ni adalah potret ubahsuai kerana foto asal, tuannya berambut panjang dan baju pula bukan round neck tapi V-neck. So, ikut kehendak pelanggan, ubahsuai. Customer is always right kan.

Sekian saja untuk entri ni. Kena teruskan dengan lukisan lain malam ni.

Wassalam.

Jumaat, November 19, 2010

Potret Remaja

Posted by Awie | Jumaat, November 19, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t...dan salam sejahtera.

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana saya telah selamat menjalani peperiksaan akhir untuk semester terakhir pengajian saya. Akhirnya sekarang saya sudah ada masa untuk kerja sambilan saya ni. Dulu terpaksa berperang dengan assignment. Sambil-sambil tu buat lukisan. Sekarang ni dah boleh tumpu sepenuhnya.

Potret di sebelah saya lukis selepas peperiksaan akhir. Lambat upload kerana ada program perpisahan dengan rakan-rakan sepengajian di Genting Highland. dah lama tak update blog. InsyaAllah pasni boleh tambah banyak karya-karya baru.

Potret ni sudah diberi kepada penempah. Dah siap frame pun. Semoga puas hati lah. Lepas ni nak lukis 3 tempahan sedia ada. Malam ni pun ada satu nak buat.

Sekian dulu buat masa ni. Jumpa lagi.
Wassalam.

Ahad, November 07, 2010

Potret sempena Ulangtahun Perkahwinan

Posted by Awie | Ahad, November 07, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Minggu ni adalah minggu pertama saya selepas tamatnya peperiksaan akhir pengajian saya. Lega kerana akhirnya selama empat tahun dapat juga bertahan sampai ke semester akhir. Bekerja, belajar dan melukis potret bukannya satu perkara yang senang kerana perlu memastikan semuanya berjalan lancar.

Sekarang bolehlah saya menumpukan kepada melukis potret. Dalam pada kesibukan bagi mempersiapkan diri dengan peperiksaan akhir dan juga pembentangan-pembentangan projek akhir, dapat juga saya menyiapkan lukisan ini.  Potret ini ditempah dalam tempoh yang singkat kerana mungkin tarikh ulangtahun tersebut sudah dekat. Kiranya saya ni nak membantu sekadar yang mampu, kerana jika diikutkan, tempoh penempahan adalah singkat. Ditambah pula saya sibuk dengan finalise projek-projek semester akhir yang menuntut masa yang banyak. Takde masalah, kalau dapat bantu, saya bantu.

OKlah sampai jumpa lagi di lain entri.

Sekian, wassalam.

Ahad, Oktober 31, 2010

Potret Puteri kepada Bekas Rakan Sekerja

Posted by Awie | Ahad, Oktober 31, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada kerajaan kerana bagi cuti peristiwa hari ni sempena kemenangan skuad Red Warrior semalam. So dapatlah curi-curi masa nak update blog ni.

Lukisan ni memang mencabar, sebab adik ni comel sangat. So perlu pastikan hasilnya tidak mengurangkan kecantikannya. Shading lukisan ni sebenarnya berbeza dengan lukisna-lukisan sebelum ini. Ini kerana saya tidak menggunakan alat yang biasa saya pakai untuk membuat shading. Dapat ilmu baru daripada rakan Facebook. Terima kasih rakan-rakan yang tidak kedekut ilmu.

Lukisan ni dah diserahkan kepada penempah. Komennya di FB, dia bagi markah 100%. Wow, maknanya betul-betul puas hati la tu. Terima kasihlah kerana sudi menempah buat kali kedua.

Akhir kata, jika suka dengan lukisan-lukisan saya ni tanyalah saya jika minat nak tempah ok?!.

Sekian, wassalam.

Jumaat, Oktober 29, 2010

Potret bekas Pengarah di Bukit Aman

Posted by Awie | Jumaat, Oktober 29, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Dah berhabuk blog ni sebab lama tak update hehe. Oleh kerana final exam lagi 1 minggu, so kira ada la sikit masa nak update,. Sebelah kiri ni potret bekas pengarah di Bukit Aman. Hmm...lukisan ni ditempah oleh seorang kakak di IPK Kota Bharu. Kenal kat facebook je la. Pastu datang jumpa saya di ofis.

Foto asal ni sebenarnya kurang jelas..sebab dicetak di kertas A4 dan menggunakan printer, kalau tak silap deskjet. so mesti boleh agak kan macamana sukarnya nak trace lighting dan struktur-struktur wajah. Tapi memang itulah cabarannya sebagai seorang pelukis. Kena kreatif. Alhamdulillah, dapat jugak deliver.

OKlah, kena tidur dulu sebab esok kena bangun awal. Banyak kerja nak dibuat.

Nanti nak upload 2 keping potret lagi yang dah siap.

Sekian, wassalam.

Khamis, Oktober 14, 2010

Potret kawan di Johor

Posted by Awie | Khamis, Oktober 14, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Apa khabar anda semua? Semoga di dalam kesihatan yang mantap. Kalau kurang sihat, makan ubat. Jadi, nak ceritanya pasal potret di sebelah ni la. Potret ni memang paling special. Tahu kenapa? Sebab saya hantar by hand. Sebenarnya sambil menyelam, sambil minum air la sebab keketulan ada kursus di Putrajaya. Office mate tuan punya potret berkursus sama-sama dengan saya di sana.

Potret ni dah dipost terlebih dahulu di Facebook. Ni baru upload kat sini. Kalau ikutkan, dah terbalik sebab kat potret ada alamat blog, tapi kalau masuk blog potret belum ada. Tak kisahla, sebab kat blog ni ada jugak sampel-sampel lukisan yang lain.

Oklah, setakat ni dulu buat kali ni. rajin-rajinkanlah singgah di blog ini sebab saya akan pastikan potret-potret baru akan dimasukkan sekerap mungkin.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Sabtu, Oktober 09, 2010

Potret Bos kawan

Posted by Awie | Sabtu, Oktober 09, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...

Sekarang ni dah ada 2 tempahan yang baru siap, tapi saya nak upload yang ni dulu. Potret ni tempahan dari kawan untuk diberi kepada bosnya semasa majlis perpisahan. Kalau tak silap, pencen. Hmm, suka juga kerana dapat membantu kawan yang hendak memberi cenderahati kepada bos dia. Semoga cenderahati ini dapat menjadi satu kenangan yang abadi kepada penerimanya.

Sebenarnya ini adalah tempahan yang segera, kerana ditempah dalam satu jangkasama yang singkat. Saya sangup membantu sekiranya terdapat pemintaan seperti ini kerana sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebannya. Ya lah, sebab tak perlu nak pergi beli hadiah kat kedai, jadi jimat duit minyak, parking, tenaga dan masa. Potret sampai ke tangan kita. Sungguh mudah, cepat dan selamat, insyaAllah.

 Kepada bekas bos kawan saya ni, saya ucapkan selamat bersara. Semoga tuan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.

Selasa, Oktober 05, 2010

Potret Ibu Kembar

Posted by Awie | Selasa, Oktober 05, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah siap lagi satu potret yang kawan tempah. Hm....sebenarnya agak mencabar jugak lukisan ni kerana anak kembar ini sememangnya pandai membuat mimik muka yang nakal. Jika tersilap lukis, jadi lain. Saya sebenarnya selalu melihat keletah dua beradik ini kerana mereka adalah anak kawan baik saya. Memang aktif dan suka bergurau. Wow, tentu susah untuk mengambil gambar mereka kerana tidak duduk diam.

Walaubagaimanapun melukis potret ini sesuatu yang menarik. Saya buatkan backroundnya hitam pekat kerana tudung si ibu sangat putih jadi background gelap boleh menimbulkan watak-watak di dalamnya.

Oklah, saya berundur dahulu. Jumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Isnin, Oktober 04, 2010

Potret Dania.

Posted by Awie | Isnin, Oktober 04, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..

Bertemu kita semula di entri yang terbaru ni. Potret ni siap minggu lepas lagi dan sudah diberi kepada pemesan. Masa kat rumah ingat nak update potret ni ke dalam blog tapi cari-cari tak jumpa pulak foto dia. So kali ni baru lah boleh update.

Melukis potret satu wajah tidak sesusah melukis dua atau tiga dalam satu kertas. Kita boleh fokus kepada satu objek saje. Tapi kalau dua atau tiga dalam satu, lepas touch up yang tu, kena buat yang ni pulak, so bukan senang. Lukisan ni disiapkan dalam tempoh masa lebih kurang 5 jam. Semoga puas hati lah harapan saya kepada pemesan.

Oklah, seperti biasa..jumpa lagi di lain entri.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Rabu, September 29, 2010

Potret sempena harijadi

Posted by Awie | Rabu, September 29, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Entri saya ni kebanyakannya disertai dengan satu potret baru. Sebenarnya tak pandai sangat mengarang ayat ni. Jadi tu lah sebabnya ada gambar kat sebelah. Senang sikit nak citer.

Potret ni kawan order sebab nak buat hadiah harijadi. Sebenarnya dah lama order, cuma foto lambat dapat. So, lambat la siap. Moralnya, cepat-cepat bagi foto, baru cepat siap ;-).

Sebenarnya dia dah bagi idea kat saya supaya bagi hadiah potret. Hmmm..ada majlis minggu depan, ingat nak bagi potret sebagai hadiah. Tu pun kalau sempat la. Almaklumlah hujung minggu ni ada test pulak.

Oklah, tak boleh nak taip panjang-panjang sebab malam ni pun ada test. Sampai ketemu lagi.

Sekian, terima kasih.


Jumaat, September 24, 2010

Potret Kak Dah-tempahan dari rakan sekuliah

Posted by Awie | Jumaat, September 24, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah sempat juga menyiapkan tempahan ni walaupun sibuk dengan hari raya dan urusan pengajian. Kawan saya satu kuliah berniat untuk menjadikan potret ni sebagai hadiah kepada kawan baiknya. Baguslah, semoga kawan beliau suka.  Sebuah lukisan tentunya mempunyai nilai yang tersendiri yang menjadikan ianya istimewa dan berharga terutamanya kepada si pemilik wajah yang dipotretkan. Setiap hasil seni itu seharusnya dihargai dengan sewajarnya dan ianya akan menjadi sesuatu yang berharga kepada kita.

Bagi pengunjung blog ini, terima kasih kerana sudi bertandang ke sini. Jika anda berminat dengan hasil kerja saya, jangan segan untuk bertanya kepada saya.

Sekian, terima kasih.





Jumaat, September 17, 2010

Potret tempahan rakan pejabat lain

Posted by Awie | Jumaat, September 17, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, bulan ramadhan dah berlalu dan hari raya juga sudah dilalui. Semoga anda semua telah berjaya menempuhi segala dugaan di bulan ramadhan dengan baik. Hari raya adalah harinya kita meraikan kemenangan kerana berjaya mengekang hawa nafsu dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak baik yang lazimnya kita buat di hari biasa. Alhamdulillah, sebelum puasa sebenarnya saya sudah siapkan potret ni tapi tidak berkesempatan nak upload (kurang rajin sebenarnya :-D).
Ini adalah potret tempahan rakan dari jabatan yang bersebelahan dengan ofis saya. Dah complete cuma lambat upload kat blog. Kat FB pun belum upload lagi. Tengok mood raya belum habis lagi kat FB so malas nak upload lagi. Mungkin lepas ni. Tengok-tengok rakan lain pun tak de upload karya baru kecuali digital painting. Oklah, cukup dulu setakat ni sebab ada satu lukisan sedang dalam proses. Nak kena siapkan dulu yang tu malam ni, insyaAllah.

Terima kasih semua kerana sokongan kepada saya dalam menghasilkan karya-karya yang baik. Semoga saya dan anda berada dalam situasi 'menang-menang' kerana saya sebagai pelukis memerlukan pelanggan sebagai penerusan kepada bisnes saya, dan pelanggan juga mahukan yang terbaik. You deserve it. The best for all.


Sekian, terima kasih. Wassalam.



Rabu, September 08, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Posted by Awie | Rabu, September 08, 2010 | Category: | 0 comments

 Assalamualaikum w.b.t..

Lama juga saya tidak update blog ini. Sebenarnya lukisan pun slow sikit productionnya, bukan kerana penat berpuasa tetapi memberi laluan kepada urusan-urusan bulan ramadhan dan juga persiapan raya. Sempena hari raya yang bakal tiba, saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Sekiranya ada kekurangan dan kesilapan daripada saya harap dimaafkan. Semoga anda semua bergembira di hari yang mulia ini.

Sekian, terima kasih.

Selasa, Ogos 17, 2010

Potret anak Puan Sarisah

Posted by Awie | Selasa, Ogos 17, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Ini adalah tempahan yang terakhir buat masa ni. Alhamdulillah lega sikit. Sekurang-kurangnya boleh la beribadat lebih sikit terutama di bulan ramadhan ni, ruginya kalau tak diisi dengan amalan-amalan yang sepatutnya.

Foto asal adalah bersaiz passport dan agak susah jugak nak tengok dia punya tone memandangkan melukis waktu malam. Kena tenung lama-lama baru dapat tengok betul-betul.

Foto anak berjubah dan memegang segulung ijazah. Semua ibu bapa mengharapkan kejayaan anak-anak. Foto sebegini memberi impak juga kepada si anak kerana mesej yang terkandung di dalamnya adalah supaya si anak dapat menggenggam sebuah kejayaan pada masa hadapan lantas membuat si ibu dan bapa mengukir senyuman dan mengalirkan air mata kegembiraan.

Ok, sampai di sini dulu. Jumpa lagi.

Sekian, wassalam.

Isnin, Ogos 16, 2010

KARIKATUR (BOLEH KE)...

Posted by Awie | Isnin, Ogos 16, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Ini adalah saya punya first ever karikatur. Dibuat bagi memenuhi permintaan rakan sepejabat. Apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. Saya buat short survey contoh-contoh karikatur kat internet macam-macam jenis ada. Biasanya (mungkin semua) kepala besar tapi badan kecik.  Tujuannya nak menonjolkan kelakar pada karikatur tu.

Mungkin hasilnya tak sebaik pelukis karikatur yang famous tapi tak rugi mencuba kerana daripada situ kita dapat pengalaman.

Semasa sekolah rendah dulu saya bermula dengan melukis kartun (komik). Tetapi masuk je sekolah menengah minat beralih kepada potret. Tak pernah pulak melukis karikatur. Ini lah yang pertama kali.

Oklah, sekian saja untuk kali ni. Salam ramadhan kepada anda semua, semoga mendapat banyak pahala di bulan mulia ini.

Wassalam.

Ahad, Ogos 08, 2010

Potret Pasangan Sejoli

Posted by Awie | Ahad, Ogos 08, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..

Bertemu lagi kita di entri ni. Lega rasanya dapat siapkan 2 potret 2 in 1. Baru hantar pakai pos laju hari ni. Part yang kira susah sikit tu adalah nak buat crown tu. Berliku-liku. Tapi takpe, asal customer puas hati kira OK la.

Hari ni ingatnya nak sambung buat tempahan yang lain tapi ada kelas pulak, tak larat. Mungkin besok baru start yang baru.

Oklah jika berminat dengan hasil kerja saya, jangan segan untuk bertanya.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Jumaat, Ogos 06, 2010

Potret terbaru tempahan dari Kuala Lumpur

Posted by Awie | Jumaat, Ogos 06, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Lama betul rasanya tak update blog..ni gara-gara berbengkel di Melaka dari 1 hingga 4 Ogos lepas. Penat. Hari ni walaupun masih lagi terasa kepenatannya memerah otak dan kudrat bagi mencapai objektif bengkel, saya rasa masih mahu mengemaskini blog ini.

Potret di sebelah kiri ni sudah siap sebelum pergi bengkel lagi. Baru je snap hari ni, tu pun atas permintaan wakil penempah sebab dia nak tengok kat Facebook. Potret ni saya cuba penuhkan pada kertas lukisan bagi mengambil kedudukan asal model di dalam foto. Bagaimanapun ia bergantung kepada kesesuaian agar tidak nampak janggal setelah dipotretkan. Biasanya potret dilukis dari paras kepala hingga ke dada bagi saiz ni.

Masih ada lagi 3 potret sedang dalam pembikinan. Seperti biasa, sampai jumpa lagi di lain siaran :D

Sekian, wassalam.

Selasa, Julai 20, 2010

Potret tempahan dari Encik Aziz UTM Skudai

Posted by Awie | Selasa, Julai 20, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Potret terakhir buat masa ni yang sempat siap adalah tempahan dari Encik  Aziz, Johor. Terima kasih Encik Aziz. (Potret dikeluarkan dari blog atas permintaan dari En. Aziz).

Foto asal dihantar melalui email saya : asmawi.busu@gmail.com. Cara menempah potret yang pantas. Lepas email terus bank in dan sms detailnya seperti saiz, nama dan alamat surat menyurat. Senang. Semudah ABC. Macam tu  lah ceritanya dengan potret ni. Potret ni disiapkan dalam masa lebih kurang 5 jam. Hmm...seronok melukis potret ni sebab foto yang diberikan jelas dan terang. Lancar je melukis.

Oklah, sebenarnya kurang pandai sangat mengarang ayat ni. Seperti biasa, jumpa di lain entri.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Potret Azian dan anak-anak

Posted by Awie | | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Setakat ni, inilah potret yang paling lama lukis. Dah 3 dalam 1, tu yang lama. kira-kira 12 jam, bukan 1 malam..tapi 3 malam. Ni juga kawan lama masa sekolah menengah dulu. Hantar by hand je sebab dekat.

Lukisan ni yang paling mencabar adalah nak melukis rambut si kecik kat tengah-tengah tu. Rambut kerinting.Nak buat kilatan rambut tu yang susah. Foto asal maknya pakai spek tapi dibuang atas permintaan tuannya sendiri. So sekarang dah siap, alhamdulillah.

Sejak memulakan bisnes potret secara online ni alhamdulillah rezeki tak putus-putus. Rakan-rakan lama sangat-sangat membantu. Terima kasih "saing-saing" semua. Tanpa anda mungkin saya tak sesibuk sekarang ni. Setakat hari ni masih tak putus lagi tempahan. Tapi ada cabarannya sebab bermula minggu lepas, kelas malam saya pun dah start. Kerja hakiki + belajar+melukis=penat. Tapi takpe sebab berbaloi jugalah walaupun tak banyak. Kepuasan pun dapat.

Rasanya setakat ni dulu lah bicara kita kali ni. Jumpa di entri seterusnya, insyaAllah.

Sekian, wassalam.

Ahad, Julai 18, 2010

Potret Kak Melah - rakan satu ofis

Posted by Awie | Ahad, Julai 18, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera ,

Semalam baru siap potret 3 dalam 1. Lebih kurang 11 jam total baru siap. Bukan dalam sehari tetapi 3-4 hari buat. Fuh baru ada masa upload potret kat blog ni.

Ini potret rakan sekerja. Tempahan yang ketiga daripada rakan satu ofis. Ok tak frame gambar potret ni? Jangan terpedaya, frame ni bukan yang betul-betul, pakai software je. Nak suruh bagi nampak cantik sikit. Potret ini siap dari minggu lepas lagi tapi disebabkan takde masa nak kemaskini blog, so terbiar dulu kat dalam folder tu.

Oklah nampaknya tuan punya badan suka dengan potret ni. Lega. Feedback dari customer yang paling penting. Harap-harap bawak balik rumah tu framekan lah. Bukan apa takut tersalah letak kat mana-mana rosak pulak.

Lepas ni baru boleh mulakan tempahan yang lain. Ada satu permohonan dari Johor. InsyaAllah kalau takde aral melintang, dalam 2 malam siap lah.

Setakat ini dulu, jumpa lagi di entri seterusnya.

Sekian, wassalam.

Selasa, Julai 13, 2010

Potret Nor Adhana -kawan lama

Posted by Awie | Selasa, Julai 13, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Malam kelmarin siap lagi satu potret. Ini adalah tampahan dari seorang kawan lama saya yang tinggal berada di Klang, Selangor. Kawan sejak sekolah rendah lagi. Last jumpa di Kuala Lumpur kat pasar Chow Kit beberapa tahun yang lepas.

Potret ni dah dihantar melalui pos ekspres. Dunia perniagaan online macam tu lah. Tak payah pergi kedai, tengok apa barang/perkhidmatan yang kita nak secara online pastu boleh terus beli dan dapat dalam masa yang tidak lah terlalu lama.

Saya juga sebenarnya pembeli barangan secara online. Setakat ni takde lagi masalah. Semua barang-barang yang dibeli sampai ke muka pintu, tak payah beratur, melalui traffic jam, parking kereta, bersesak-sesak dan sebagainya. Dunia di hujung jari. Fast and easy.

Oklah setakat ini dulu, jumpa lagi di entri seterusnya.

Sekian, wassalam.

Rabu, Julai 07, 2010

Potret Anak-anak Puan Yani

Posted by Awie | Rabu, Julai 07, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Ini adalah potret tempahan daripada Puan Yani daripada Hospital Raja Perempuan Zainab 2. Potret ini sebenarnya disiapkan sebelum potret Choi Ji Woo lagi tetapi lambat diupload.

Potret bersaiz A3 ini amat istimewa bagi Puan Yani lantaran itu terus diframe sesudah siap. Sebagai ibu ternyata tidak sabar untuk melihat potret anak-anak digantung di rumah. Hari-hari berlalu melihat anak-anak semakin membesar, dapat memberikan sesuatu kepuasan kepada ibu dan bapa. Segala kasih sayang dicurahkan kepada si anak. Ibu bapa sanggup berkorban segala-galanya demi melihat anak-anak mampu merasai nikmat kehidupan dengan sempurna. Itulah naluri keibubapaan yang murni yang ada di dalam diri setiap insan.

Akhir kata, terima kasih kerana kesudian menempah potret dengan saya. Kepada anda semua, silalah membuat tempahan dengan saya jika anda suka hasil kerja saya. Cara-cara untuk tempah ada di sebelah kanan blog ini. Jangan segan untuk bertanya kepada saya. Saya berazam untuk memberikan hasil yang terbaik untuk anda semua kerana jika anda gembira itu sudah cukup untuk membuatkan saya berpuas hati dan turut sama merasai kegembiraan itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Isnin, Julai 05, 2010

Potret Choi Ji Woo tempahan dari pelanggan

Posted by Awie | Isnin, Julai 05, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...

Ini adalah potret terbaru yang sudah disiapkan dan sudahpun diberi kepada pelanggan. Nampaknya seronok sungguh dia bila dapat potret ni. Minat sangat dengan heroin drama korea Winter Sonata ni.

Choi Ji Woo ni dulu sangat famous di Korea. Terutama apabila drama Winter Sonata sedang ditayangkan di kaca TV. Kuat sungguh pengaruhnya. Sebuah drama yang amat berkesan dan memberi impak kepada penonton.

Lega kerana sudah selesai melukis potret ini. Lepas ni bolehlah teruskan dengan lukisan lain.

Sekiranya berminat untuk menempah potret dengan saya, silalah baca cara-cara menempah di sebelah kanan blog ini. Jika ada pertanyaan boleh tanya saya melalui SMS atau telefon 013-9077220. Boleh juga bertanya terus di chatbox di sebelah kanan ni. Jika lebih selesa menggunakan email, boleh email saya di : asmawi.busu@gmail.com.

Akhir kata. terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Wassalam.

Ahad, Julai 04, 2010

Potret Cik Da

Posted by Awie | Ahad, Julai 04, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Ini adalah potret baru yang telahpun dihantar kepada tuannya. Alhamdulillah beliau menyukainya. Kepuasan pelanggan adalah mustahak kerana saya mahu pastikan pelanggan berasa hasil yang diperolehi setanding dengan harga yang dibayar. Pelanggan puas, saya pun puas.

Potret ini adalah bersaiz A3. Sebuah potret yang memberikan sedikit kegembiraan kepada pemiliknya. Alhamdulillah.

Sekian, wassalam.

Khamis, Julai 01, 2010

Potret yang masuk bertanding di Facebook

Posted by Awie | Khamis, Julai 01, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Ini adalah potret yang istimewa kerana masuk bertanding dalam pertandingan melukis potret di Facebook anjuran Kumpulan Peminat Lukisan Potret.

Pertandingan ini pertama kali dianjurkan dan saya rasa bertuah kerana termasuk dalam senarai peserta. Pertandingan seperti ini sangat menarik kerana setiap peserta mempunyai kekuatan dan kemahiran yang berbeza-beza. Yang paling penting dapat mengenali semasa pelukis dan dapat share experience.
Oklah, saya dapat pengalaman baru. Kalah menang kata orang adat pertandingan.

Lukisan ini dihasilkan dalam tempoh masa yang agak singkat kerana sibuk dengan hal-hal lain. Kebetulan tempahan potret juga ada yang perlu disiapkan. Jadi terpaksa menumpukan perhatian kepada yang penting dulu.

Pertandingan akan diadakan lagi pada bulan Disember ni. Mungkin penyertaan akan lebih ramai dan saingan akan lebih kuat.

Oklah itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam.

Potret Terbaru - Buah hati Pn. Nik Noraida

Posted by Awie | | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Ini adalah potret tempahan pelanggan, anak perempuan kawan isteri saya. Foto sebenar nampak separuh badan tetapi disebabkan saiz potret ini adalah A4 jadi tak boleh muat semua.
Oklah wajah masuk ngam-ngam dalam saiz ni.

Foto asal begitu jelas dan memudahkan untuk ditransformasikan ke potret. Puas hati.

Potret ini disiapkan dalam masa 2 hari. Dah lama siap tetapi baru kali ni sempat upload.

Kepada pengunjung blog ini, jangan malu atau segan untuk menempah potret seperti ini dengan saya. Sebarang pertanyaan sms je atau email ke asmawi.busu@gmail.com. Terima kasih.

Wassalam.

Lukisan terkini - Potret permata hati Nurul

Posted by Awie | | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t,

Fuh, baru ada masa nak update blog. Di sebelah kiri post ini ada potret anak Nurul, kawan lama sejak sekolah rendah. Potret ni dipos ke Terengganu, tempat tinggal dia sekarang. Gambar asal dihantar melalui mesej facebook. Senang sejak ada aplikasi seperti ini, kalau dulu mesti kena poskan gambar sebenar. Lambat lagi menyusahkan.

Potret ini agak special sikit sebab ada frame. Frame ni percubaan nak suruh nampak cantik sikit. Pakai Mspaint jer. Belum explore software yang ada built-in frame.

OK, itu sahaja untuk entri ini. Next entri..

Wassalam.

Khamis, Jun 17, 2010

Lukisan tempahan Puan Nasuha

Posted by Awie | Khamis, Jun 17, 2010 | Category: | 0 comments


Assalamualaikum w.b.t,
Sibuk sedikit kebelakangan ni sampai nak upload potret baru pun tak sempat. Ini kerana perlu hadir ke kursus di Putrajaya. Walaupun 3 hari je, tapi terkejar masa jugak sebab perlu siapkan kerja office dan kerja melukis sebelum ke tempat kursus.

Ini adalah tempahan yang sudah siap pada minggu lepas. Baru sempat nak kemaskini blog minggu ni. Internet hotspot kat sini pun ada masalah 2-3 hari ni. Hari ni baru OK.

Tempahan ini adalah untuk dijadikan hadiah harijadi. Sebuah potret boleh menjadi kenang-kenangan di masa depan oleh itu sangat sesuai untuk dijadikan hadiah seumpama ini. Diharap penerimanya berpuas hati dengan hasil kerja saya ni. Semoga dapatlah digantungkan di dinding ataupun diletakkan di atas meja. Justeru dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara pemberi hadiah dan penerimanya.

Apapun terima kasih kerana kesudian menempah potret dengan saya.

Sekian, wassalam.

Khamis, Jun 10, 2010

Kursus VS Melukis Potret

Posted by Awie | Khamis, Jun 10, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.bt.,

Pada minggu hadapan terdapat satu kursus berkaitan dengan kerja yang perlu saya hadiri di Putrajaya pada 13 hingga 16 Jun 2010. Pada 14 Jun, ada 2 keping potret yang telah sampai tempoh dateline dia. Jadi cuti hujung minggu ni kena siapkan tempahan-tempahan tersebut demi menjaga piagam yang telah saya tetapkan dalam menyiapkan lukisan pelanggan.

Walaubagaimanapun sepanjang tempoh berkursus saya masih boleh menerima tempahan. Jika berminat untuk menempah potret, sila lihat di ruangan sebelah kanan blog ini bagi mengetahui cara-cara untuk berbuat demikian. Sebarang masalah jangan segan untuk sms/telefon/email kepada saya melalui nombor/alamat email yang tertera.

Wassalam.

Rabu, Jun 09, 2010

Potret Terbaru 8 Jun 2010 - Pn. Nik Safuanah

Posted by Awie | Rabu, Jun 09, 2010 | Category: | 0 comments

Ini adalah potret seorang rakan yang pernah bekerja sepejabat dengan saya. Oleh kerana rezeki beliau murah, maka dapat pula naik pangkat jadi Pegawai Eksekutif di Pejabat Tanah dan Galian Kelantan.

Potret ini adalah berdasarkan foto beliau semasa muda. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya melukis potret anda.

Wassalam.

Ahad, Jun 06, 2010

Potret Terbaru - Puan Hasmani

Posted by Awie | Ahad, Jun 06, 2010 | Category: | 0 comments


Ini adalah tempahan yang terbaru yang sudah saya siapkan. Potret seorang pekerja di sebuah hospital di Kota Bharu bersama suaminya.

Alhamdulillah dapat disiapkan dengan cepat. Saya berharap agar beliau berpuas hati dengan hasil kerja saya ini. Terima kasih kerana sokongan dan kepercayaan terhadap saya. Saya mahu memberi hasil kerja saya yang paling baik untuk semua.

Saya berharap agar sokongan daripada semua akan berterusan supaya saya dapat menghasilkan yang terbaik untuk semua pelanggan.

Wassalam.

Selasa, Jun 01, 2010

What is the difference between drawing and sketching?

Posted by Awie | Selasa, Jun 01, 2010 | Category: | 0 comments

Saya wujudkan entri ini kerana ada pelanggan yang tidak dapat membezakan lukisan secara sketching dengan lukisan biasa (drawing). Sememangnya skecthing dan drawing berbeza. Ini yang saya dapat daripada Yahoo Answer :

Sketching is when you are quickly laying out your artwork with a basic outlines of what you want and where you want it.

Drawing is when you go into more detail such as adding those second marks on a watch. Practice a lot and you will become better at it.

Secara ringkasnya dapat kita simpulkan lukisan secara sketching adalah lukisan yang dilukis secara cepat dan secara kasar sahaja. Manakala lukisan yang biasa (drawing) adalah sebuah lukisan yang dibuat dengan lebih teliti dan halus.

Oleh itu, harganya pun mestilah berbeza kerana sketching hanya mengambil masa 15 hingga 30 minit manakala lukisan biasa dihasilkan sehari suntuk ataupun berhari-hari supaya nampak lebih hidup. Melukis secara live dimana pelanggan dilukis secara langsung itulah sketching dan lukisan yang dilukis berdasarkan sebuah foto itulah drawing.

Walaubagaimanapun ada juga pelukis sketch yang dapat menghasilkan karya yang hebat dalam masa yang singkat. Itu adalah kebolehan tersendiri bagi setiap pelukis. Setiap pengkarya ada kebolehan yang berbeza-beza dan terpulang kepada para pelanggan untuk memilih gaya yang digemari mereka. Tepuk dada tanya selera.

Isnin, Mei 31, 2010

Kenapa? Tak Percaya?

Posted by Awie | Isnin, Mei 31, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t,
Sepanjang 1 minggu saya memulakan perniagaan melukis potret secara online ini, ramai rakan-rakan yang baru mengetahui kebolehan saya ini. Kebolehan ini kurniaan Allah, saya tak mahu pula timbul perasaan sombong dalam diri dengan kebolehan yang sedikit ini. Syukur kerana Allah telah memberikan saya kemampuan sampingan yang dapat saya gunakan bagi memperoleh sedikit nikmat daripadanya. Apa yang saya mahukan adalah menambahbaik skil dan teknik saya dan jika ada rezeki dapatlah sedikit keuntungan daripada jualan hasil lukisan saya ini.
Saya tidak mendedahkan tentang hobi saya kepada semua orang kecuali teman rapat sahaja. Lagipun pada masa dulu saya jarang melukis untuk tempahan kerana saya tidak minat berniaga. Ada juga pelanggan yang menempah potret dengan saya tetapi tidak ramai kerana saya tidaklah menceburi secara serius dalam bidang perniagaan lukisan ini. Kebanyakannya kerana suka-suka sahaja.
Berbalik kepada sejarah hobi melukis saya ni sebenarnya dari zaman sekolah menengah lagi saya sudah mula melukis potret. Kebanyakan potret saya ini hanyalah koleksi peribadi yang saya lukis kerana minat yang mendalam dalam bidang lukisan. Pernah juga hasil lukisan saya terpampang di majalah sekolah. Terima kasih cikgu kerana mempercayai bakat saya.
Saya mendapat inspirasi berbisnes secara online ini daripada seorang guru yang saya kenal dari Facebook. Nama beliau di Facebook adalah Cikgu Mas Potret. Terima kasih cikgu kerana membantu saya dalam perniagaan lukisan secara online ini. Beliau juga seorang pelukis potret dan hasil kerja beliau amat menarik dan cantik.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pelawat blog saya ni kerana setiap lawatan anda amat membantu memberi motivasi kepada saya untuk menghasilkan karya-karya baru yang lebih baik.

Akhir kata jika anda ada akaun facebook sila tambah saya sebagai rakan anda, cari Awie Senilukis dan klik tambah sebagai rakan.

Sekian.

Sabtu, Mei 29, 2010

Lukisan Terbaru 29/05/2010

Posted by Awie | Sabtu, Mei 29, 2010 | Category: | 0 comments

Alhamdulillah, saya sudah selesai melukis potret yang ditempah oleh pelanggan saya ini. Lukisan ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat kerana dibuat pada hari minggu. Ini adalah potret seorang rakan saya, seorang pengaturcara komputer yang hebat.

Selepas ini saya akan teruskan pula dengan lukisan yang lain. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan daripada pelanggan. Mujur juga ada Facebook, dapatlah saya berkongsi hasil kerja saya dengan orang lain. Ada juga rakan-rakan lama yang tinggal di negeri lain yang berminat untuk tempah potret. Terima kasih semua kerana sokongan anda.

Jumaat, Mei 28, 2010

Lukisan terbaru 27/05/2010 - Hero Twilight

Posted by Awie | Jumaat, Mei 28, 2010 | Category: | 0 comments

Lukisan ini dihasilkan agak cepat iaitu dalam masa 3 hari kerana saya ada tempahan yang perlu disiapkan. Juga kerana saya mahu mengisi blog saya dengan karya terbaru. Saya pilih Robert Pattinson sebagai karya terbaru saya kerana karaktornya yang hebat di dalam filem Twilight.

Mungkin selepas ini saya akan cuba melukis tokoh-tokoh pula jika berkesempatan. Tetapi yang penting adalah saya perlu menyiapkan tempahan dari pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan. Walaubagaimanapun saya akan sentiasa memperbaiki mutu lukisan saya dari masa ke semasa supaya pelanggan akan mendapat hasil yang terbaik.

Khamis, Mei 27, 2010

Lukisan Paling Baru - Alisya

Posted by Awie | Khamis, Mei 27, 2010 | Category: | 0 comments

Cuba lihat gambar yang paling atas sekali dalam blog ini. Ini adalah potret anak saya yang ke-2, Alisya. Lukisan ini merupakan lukisan yang saya secara peribadinya suka sebab saya telah berjaya improved beberapa perkara yang penting terutama dari segi nilai garisan (terima kasih Pak Abu). Ini adalah lukisan paling baru dalam koleksi saya setakat ini. Saya sekarang sedang menyiapkan satu lukisan lagi. Selepas itu ada lagi satu tempahan yang perlu disiapkan dalam minggu ini. Alhamdulillah, ada respons yang baik dari rakan-rakan.
Saya bersyukur kerana ada pelukis-pelukis yang pro yang sudi memberikan pandangan-pandangan yang berguna untuk saya mencantikkan lagi hasil kerja saya. Saya masih lagi berusaha agar hasil kerja saya dapat ditingkatkan dari masa ke semasa kerana pada saya, biarlah pelanggan mendapat hasil yang terbaik dari saya. Semoga potret tersebut dapat menjadi sesuatu yang bernilai kepada mereka.

Rabu, Mei 26, 2010

Lukisan lama - Siti Nurhaliza

Posted by Awie | Rabu, Mei 26, 2010 | Category: , | 0 comments


Penyanyi yang paling popular kat Malaysia. Siapa lagi? Mestilah Dato' Siti Nurhaliza. Lukisan ni dilukis pada tahun 1998 semasa saya masih belajar kat UiTM. Masa ni Dato' Siti baru kenal dunia hiburan. Belum seglamer sekarang. Kalau tengok video klip dia pun biasa-biasa saja pada masa tu. Suara pun belum cukup power lagi.


Sekarang ni dah banyak pencapaian beliau. Malah sudah kaya-raya. Rumah pun harga juta-juta. Rezeki dia. Itulah dia, potret seorang yang terkenal dalam dunia hiburan tanahair.

Lukisan lama- Britney Spears

Posted by Awie | | Category: | 0 comments


Sekitar tahun 1998/1999 dulu britney spears ni sangat popular. Pendek kata lagu-lagu dia ni menjadi siulan remaja la. Masa tu saya berpraktikal di UiTM Shah Alam. Ada masa terluang maka saya pun melukis potret dia. Potret ni sekadar mengasah bakat seni saya dan mengisi masa terluang.
Sekarang ni Britney Spears pun dah jadi mak budak. Maknanya dah lama lah lukisan ni, lebih kurang 10 tahun yang lepas. Itu lah halnya dengan potret ni. Apabila ditenung-tenungkan teringat pulak semasa masih belajar kat UiTM dulu. Nilai sentimental tu menjadikan ia bernilai.

Selasa, Mei 25, 2010

Lukisan potret isteriku

Posted by Awie | Selasa, Mei 25, 2010 | Category: | 0 comments


Lukisan ini dihasilkan pada tahun 2002. Ketika ini kami masih belum berkahwin. Lukisan ini amat bermakna kerana terhasil semasa di awal perkenalan kami. Alhamdulillah perhubungan kami dapat dirapatkan lagi dengan ikatan perkahwinan pada tahun 2004. Hubungan jarak jauh (KB-KL) tidak memberikan masalah kepada kami. Hubungan perkahwinan mestilah berteraskan kepercayaan di dalam diri pasangan barulah berkekalan.


Lukisan ini sekarang sudah diframekan dan digantung di rumah kami. Banyak kenangan yang manis dapat diimbas apabila kami merenung kembali potret ini. Itulah kelebihannya sesebuah potret itu yang mengandungi cerita yang tersendiri disebaliknya.


Lukisan anak sulungku - Danish

Posted by Awie | | Category: | 0 comments


Gambar ini dilukis sekitar tahun 2007. Dilukis secara santai kerana saya tidak menetapkan sebarang dateline bagi melukis gambar keluarga.



Danish adalah seorang yang periang dan mudah mesra dengan orang lain. Suka bergurau terutama dengan adiknya, Alisya. Nakalnya pun boleh tahan. Suka sangat dengan gula-gula dan aiskrim. Budak-budak kan, macam tu lah. Kalau dia hendakkan sesuatu diulang-ulangkan permintaannya sampaikan telinga kami pun dah tak tahan mendengarnya. Kalau barang yang dipinta itu belum pernah dibeli kami akan consider lah tetapi kalau dah ada, kami buat tak tahu je la. Macam tu la perangai dia.

Isnin, Mei 24, 2010

Selamat Datang

Posted by Awie | Isnin, Mei 24, 2010 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t,

Nama saya Mohd Asmawi, seorang pelukis potret separuh masa. Saya suka melukis semenjak kecil. Mungkin kerana bapa saya juga mempunyai kemahiran tersebut. Saya tinggal di Pasir Pekan dalam jajahan tumpat di negeri Kelantan.

Melukis menjadi sumber sampingan saya. Saya bekerja tetap di sebuah jabatan kerajaan negeri Kelantan.

Melukis sebenarnya memberikan kepuasan kepada saya. Saya berasa amat senang hati apabila dapat menyiapkan sesebuah lukisan. Melukis membina sifat fokus dalam diri saya kerana ianya perlukan ketelitian dan kemahiran. Ia juga membina sifat sabar kerana pelukis perlukan tempoh masa yang tertentu bagi menyiapkan sesebuah lukisan.

Alhamdulillah, kemahiran yang Allah s.w.t berikan ini tak akan saya sia-siakan. Semoga dapat dikongsikan dengan semua.