Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Isnin, Mei 24, 2010

Selamat Datang

Posted by Awie | Isnin, Mei 24, 2010 | Category: |

Assalamualaikum w.b.t,

Nama saya Mohd Asmawi, seorang pelukis potret separuh masa. Saya suka melukis semenjak kecil. Mungkin kerana bapa saya juga mempunyai kemahiran tersebut. Saya tinggal di Pasir Pekan dalam jajahan tumpat di negeri Kelantan.

Melukis menjadi sumber sampingan saya. Saya bekerja tetap di sebuah jabatan kerajaan negeri Kelantan.

Melukis sebenarnya memberikan kepuasan kepada saya. Saya berasa amat senang hati apabila dapat menyiapkan sesebuah lukisan. Melukis membina sifat fokus dalam diri saya kerana ianya perlukan ketelitian dan kemahiran. Ia juga membina sifat sabar kerana pelukis perlukan tempoh masa yang tertentu bagi menyiapkan sesebuah lukisan.

Alhamdulillah, kemahiran yang Allah s.w.t berikan ini tak akan saya sia-siakan. Semoga dapat dikongsikan dengan semua.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply