Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Khamis, Julai 01, 2010

Potret yang masuk bertanding di Facebook

Posted by Awie | Khamis, Julai 01, 2010 | Category: |

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Ini adalah potret yang istimewa kerana masuk bertanding dalam pertandingan melukis potret di Facebook anjuran Kumpulan Peminat Lukisan Potret.

Pertandingan ini pertama kali dianjurkan dan saya rasa bertuah kerana termasuk dalam senarai peserta. Pertandingan seperti ini sangat menarik kerana setiap peserta mempunyai kekuatan dan kemahiran yang berbeza-beza. Yang paling penting dapat mengenali semasa pelukis dan dapat share experience.
Oklah, saya dapat pengalaman baru. Kalah menang kata orang adat pertandingan.

Lukisan ini dihasilkan dalam tempoh masa yang agak singkat kerana sibuk dengan hal-hal lain. Kebetulan tempahan potret juga ada yang perlu disiapkan. Jadi terpaksa menumpukan perhatian kepada yang penting dulu.

Pertandingan akan diadakan lagi pada bulan Disember ni. Mungkin penyertaan akan lebih ramai dan saingan akan lebih kuat.

Oklah itu sahaja untuk kali ini.

Wassalam.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply