Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Jumaat, Ogos 06, 2010

Potret terbaru tempahan dari Kuala Lumpur

Posted by Awie | Jumaat, Ogos 06, 2010 | Category: |

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Lama betul rasanya tak update blog..ni gara-gara berbengkel di Melaka dari 1 hingga 4 Ogos lepas. Penat. Hari ni walaupun masih lagi terasa kepenatannya memerah otak dan kudrat bagi mencapai objektif bengkel, saya rasa masih mahu mengemaskini blog ini.

Potret di sebelah kiri ni sudah siap sebelum pergi bengkel lagi. Baru je snap hari ni, tu pun atas permintaan wakil penempah sebab dia nak tengok kat Facebook. Potret ni saya cuba penuhkan pada kertas lukisan bagi mengambil kedudukan asal model di dalam foto. Bagaimanapun ia bergantung kepada kesesuaian agar tidak nampak janggal setelah dipotretkan. Biasanya potret dilukis dari paras kepala hingga ke dada bagi saiz ni.

Masih ada lagi 3 potret sedang dalam pembikinan. Seperti biasa, sampai jumpa lagi di lain siaran :D

Sekian, wassalam.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply