Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Isnin, Mei 31, 2010

Kenapa? Tak Percaya?

Posted by Awie | Isnin, Mei 31, 2010 | Category: |

Assalamualaikum w.b.t,
Sepanjang 1 minggu saya memulakan perniagaan melukis potret secara online ini, ramai rakan-rakan yang baru mengetahui kebolehan saya ini. Kebolehan ini kurniaan Allah, saya tak mahu pula timbul perasaan sombong dalam diri dengan kebolehan yang sedikit ini. Syukur kerana Allah telah memberikan saya kemampuan sampingan yang dapat saya gunakan bagi memperoleh sedikit nikmat daripadanya. Apa yang saya mahukan adalah menambahbaik skil dan teknik saya dan jika ada rezeki dapatlah sedikit keuntungan daripada jualan hasil lukisan saya ini.
Saya tidak mendedahkan tentang hobi saya kepada semua orang kecuali teman rapat sahaja. Lagipun pada masa dulu saya jarang melukis untuk tempahan kerana saya tidak minat berniaga. Ada juga pelanggan yang menempah potret dengan saya tetapi tidak ramai kerana saya tidaklah menceburi secara serius dalam bidang perniagaan lukisan ini. Kebanyakannya kerana suka-suka sahaja.
Berbalik kepada sejarah hobi melukis saya ni sebenarnya dari zaman sekolah menengah lagi saya sudah mula melukis potret. Kebanyakan potret saya ini hanyalah koleksi peribadi yang saya lukis kerana minat yang mendalam dalam bidang lukisan. Pernah juga hasil lukisan saya terpampang di majalah sekolah. Terima kasih cikgu kerana mempercayai bakat saya.
Saya mendapat inspirasi berbisnes secara online ini daripada seorang guru yang saya kenal dari Facebook. Nama beliau di Facebook adalah Cikgu Mas Potret. Terima kasih cikgu kerana membantu saya dalam perniagaan lukisan secara online ini. Beliau juga seorang pelukis potret dan hasil kerja beliau amat menarik dan cantik.

Terima kasih saya ucapkan kepada semua pelawat blog saya ni kerana setiap lawatan anda amat membantu memberi motivasi kepada saya untuk menghasilkan karya-karya baru yang lebih baik.

Akhir kata jika anda ada akaun facebook sila tambah saya sebagai rakan anda, cari Awie Senilukis dan klik tambah sebagai rakan.

Sekian.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply