Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Selasa, Jun 01, 2010

What is the difference between drawing and sketching?

Posted by Awie | Selasa, Jun 01, 2010 | Category: |

Saya wujudkan entri ini kerana ada pelanggan yang tidak dapat membezakan lukisan secara sketching dengan lukisan biasa (drawing). Sememangnya skecthing dan drawing berbeza. Ini yang saya dapat daripada Yahoo Answer :

Sketching is when you are quickly laying out your artwork with a basic outlines of what you want and where you want it.

Drawing is when you go into more detail such as adding those second marks on a watch. Practice a lot and you will become better at it.

Secara ringkasnya dapat kita simpulkan lukisan secara sketching adalah lukisan yang dilukis secara cepat dan secara kasar sahaja. Manakala lukisan yang biasa (drawing) adalah sebuah lukisan yang dibuat dengan lebih teliti dan halus.

Oleh itu, harganya pun mestilah berbeza kerana sketching hanya mengambil masa 15 hingga 30 minit manakala lukisan biasa dihasilkan sehari suntuk ataupun berhari-hari supaya nampak lebih hidup. Melukis secara live dimana pelanggan dilukis secara langsung itulah sketching dan lukisan yang dilukis berdasarkan sebuah foto itulah drawing.

Walaubagaimanapun ada juga pelukis sketch yang dapat menghasilkan karya yang hebat dalam masa yang singkat. Itu adalah kebolehan tersendiri bagi setiap pelukis. Setiap pengkarya ada kebolehan yang berbeza-beza dan terpulang kepada para pelanggan untuk memilih gaya yang digemari mereka. Tepuk dada tanya selera.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply