Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Khamis, Mei 27, 2010

Lukisan Paling Baru - Alisya

Posted by Awie | Khamis, Mei 27, 2010 | Category: |

Cuba lihat gambar yang paling atas sekali dalam blog ini. Ini adalah potret anak saya yang ke-2, Alisya. Lukisan ini merupakan lukisan yang saya secara peribadinya suka sebab saya telah berjaya improved beberapa perkara yang penting terutama dari segi nilai garisan (terima kasih Pak Abu). Ini adalah lukisan paling baru dalam koleksi saya setakat ini. Saya sekarang sedang menyiapkan satu lukisan lagi. Selepas itu ada lagi satu tempahan yang perlu disiapkan dalam minggu ini. Alhamdulillah, ada respons yang baik dari rakan-rakan.
Saya bersyukur kerana ada pelukis-pelukis yang pro yang sudi memberikan pandangan-pandangan yang berguna untuk saya mencantikkan lagi hasil kerja saya. Saya masih lagi berusaha agar hasil kerja saya dapat ditingkatkan dari masa ke semasa kerana pada saya, biarlah pelanggan mendapat hasil yang terbaik dari saya. Semoga potret tersebut dapat menjadi sesuatu yang bernilai kepada mereka.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply