Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Rabu, Julai 07, 2010

Potret Anak-anak Puan Yani

Posted by Awie | Rabu, Julai 07, 2010 | Category: |

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Ini adalah potret tempahan daripada Puan Yani daripada Hospital Raja Perempuan Zainab 2. Potret ini sebenarnya disiapkan sebelum potret Choi Ji Woo lagi tetapi lambat diupload.

Potret bersaiz A3 ini amat istimewa bagi Puan Yani lantaran itu terus diframe sesudah siap. Sebagai ibu ternyata tidak sabar untuk melihat potret anak-anak digantung di rumah. Hari-hari berlalu melihat anak-anak semakin membesar, dapat memberikan sesuatu kepuasan kepada ibu dan bapa. Segala kasih sayang dicurahkan kepada si anak. Ibu bapa sanggup berkorban segala-galanya demi melihat anak-anak mampu merasai nikmat kehidupan dengan sempurna. Itulah naluri keibubapaan yang murni yang ada di dalam diri setiap insan.

Akhir kata, terima kasih kerana kesudian menempah potret dengan saya. Kepada anda semua, silalah membuat tempahan dengan saya jika anda suka hasil kerja saya. Cara-cara untuk tempah ada di sebelah kanan blog ini. Jangan segan untuk bertanya kepada saya. Saya berazam untuk memberikan hasil yang terbaik untuk anda semua kerana jika anda gembira itu sudah cukup untuk membuatkan saya berpuas hati dan turut sama merasai kegembiraan itu.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply