Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Selasa, Julai 20, 2010

Potret Azian dan anak-anak

Posted by Awie | Selasa, Julai 20, 2010 | Category: |

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Setakat ni, inilah potret yang paling lama lukis. Dah 3 dalam 1, tu yang lama. kira-kira 12 jam, bukan 1 malam..tapi 3 malam. Ni juga kawan lama masa sekolah menengah dulu. Hantar by hand je sebab dekat.

Lukisan ni yang paling mencabar adalah nak melukis rambut si kecik kat tengah-tengah tu. Rambut kerinting.Nak buat kilatan rambut tu yang susah. Foto asal maknya pakai spek tapi dibuang atas permintaan tuannya sendiri. So sekarang dah siap, alhamdulillah.

Sejak memulakan bisnes potret secara online ni alhamdulillah rezeki tak putus-putus. Rakan-rakan lama sangat-sangat membantu. Terima kasih "saing-saing" semua. Tanpa anda mungkin saya tak sesibuk sekarang ni. Setakat hari ni masih tak putus lagi tempahan. Tapi ada cabarannya sebab bermula minggu lepas, kelas malam saya pun dah start. Kerja hakiki + belajar+melukis=penat. Tapi takpe sebab berbaloi jugalah walaupun tak banyak. Kepuasan pun dapat.

Rasanya setakat ni dulu lah bicara kita kali ni. Jumpa di entri seterusnya, insyaAllah.

Sekian, wassalam.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply