Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Ahad, Julai 18, 2010

Potret Kak Melah - rakan satu ofis

Posted by Awie | Ahad, Julai 18, 2010 | Category: |

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera ,

Semalam baru siap potret 3 dalam 1. Lebih kurang 11 jam total baru siap. Bukan dalam sehari tetapi 3-4 hari buat. Fuh baru ada masa upload potret kat blog ni.

Ini potret rakan sekerja. Tempahan yang ketiga daripada rakan satu ofis. Ok tak frame gambar potret ni? Jangan terpedaya, frame ni bukan yang betul-betul, pakai software je. Nak suruh bagi nampak cantik sikit. Potret ini siap dari minggu lepas lagi tapi disebabkan takde masa nak kemaskini blog, so terbiar dulu kat dalam folder tu.

Oklah nampaknya tuan punya badan suka dengan potret ni. Lega. Feedback dari customer yang paling penting. Harap-harap bawak balik rumah tu framekan lah. Bukan apa takut tersalah letak kat mana-mana rosak pulak.

Lepas ni baru boleh mulakan tempahan yang lain. Ada satu permohonan dari Johor. InsyaAllah kalau takde aral melintang, dalam 2 malam siap lah.

Setakat ini dulu, jumpa lagi di entri seterusnya.

Sekian, wassalam.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply