Selasa, Oktober 05, 2010
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah siap lagi satu potret yang kawan tempah. Hm....sebenarnya agak mencabar jugak lukisan ni kerana anak kembar ini sememangnya pandai membuat mimik muka yang nakal. Jika tersilap lukis, jadi lain. Saya sebenarnya selalu melihat keletah dua beradik ini kerana mereka adalah anak kawan baik saya. Memang aktif dan suka bergurau. Wow, tentu susah untuk mengambil gambar mereka kerana tidak duduk diam.
Walaubagaimanapun melukis potret ini sesuatu yang menarik. Saya buatkan backroundnya hitam pekat kerana tudung si ibu sangat putih jadi background gelap boleh menimbulkan watak-watak di dalamnya.
Oklah, saya berundur dahulu. Jumpa lagi.
Sekian, terima kasih.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Currently have 0 comments: