Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Jumaat, September 17, 2010

Potret tempahan rakan pejabat lain

Posted by Awie | Jumaat, September 17, 2010 | Category: |

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, bulan ramadhan dah berlalu dan hari raya juga sudah dilalui. Semoga anda semua telah berjaya menempuhi segala dugaan di bulan ramadhan dengan baik. Hari raya adalah harinya kita meraikan kemenangan kerana berjaya mengekang hawa nafsu dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak baik yang lazimnya kita buat di hari biasa. Alhamdulillah, sebelum puasa sebenarnya saya sudah siapkan potret ni tapi tidak berkesempatan nak upload (kurang rajin sebenarnya :-D).
Ini adalah potret tempahan rakan dari jabatan yang bersebelahan dengan ofis saya. Dah complete cuma lambat upload kat blog. Kat FB pun belum upload lagi. Tengok mood raya belum habis lagi kat FB so malas nak upload lagi. Mungkin lepas ni. Tengok-tengok rakan lain pun tak de upload karya baru kecuali digital painting. Oklah, cukup dulu setakat ni sebab ada satu lukisan sedang dalam proses. Nak kena siapkan dulu yang tu malam ni, insyaAllah.

Terima kasih semua kerana sokongan kepada saya dalam menghasilkan karya-karya yang baik. Semoga saya dan anda berada dalam situasi 'menang-menang' kerana saya sebagai pelukis memerlukan pelanggan sebagai penerusan kepada bisnes saya, dan pelanggan juga mahukan yang terbaik. You deserve it. The best for all.


Sekian, terima kasih. Wassalam.



Currently have 0 comments:


Leave a Reply