Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Ahad, November 07, 2010

Potret sempena Ulangtahun Perkahwinan

Posted by Awie | Ahad, November 07, 2010 | Category: |

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Minggu ni adalah minggu pertama saya selepas tamatnya peperiksaan akhir pengajian saya. Lega kerana akhirnya selama empat tahun dapat juga bertahan sampai ke semester akhir. Bekerja, belajar dan melukis potret bukannya satu perkara yang senang kerana perlu memastikan semuanya berjalan lancar.

Sekarang bolehlah saya menumpukan kepada melukis potret. Dalam pada kesibukan bagi mempersiapkan diri dengan peperiksaan akhir dan juga pembentangan-pembentangan projek akhir, dapat juga saya menyiapkan lukisan ini.  Potret ini ditempah dalam tempoh yang singkat kerana mungkin tarikh ulangtahun tersebut sudah dekat. Kiranya saya ni nak membantu sekadar yang mampu, kerana jika diikutkan, tempoh penempahan adalah singkat. Ditambah pula saya sibuk dengan finalise projek-projek semester akhir yang menuntut masa yang banyak. Takde masalah, kalau dapat bantu, saya bantu.

OKlah sampai jumpa lagi di lain entri.

Sekian, wassalam.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply