Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Rabu, Jun 29, 2011

Kawanku seorang Pegawai Tadbir di Kementerian Pelajaran, Putrajaya

Posted by Awie | Rabu, Jun 29, 2011 | Category: |

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Apa khabarnya anda semua hari ini? Adakah dalam keadaan kesihatan yang terbaik atau sebaliknya? Saya doakan semoga anda semua sihat wal afiat. Kalau kurang atau tidak sihat tak mengapa, itu sudah lumrah manusia. Usahakan agar cepat sembuh. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t semoga kita memperoleh kesihatan. Nikmat kesihatan amat tinggi nilainya yang mana kita tidak akan tahu sehinggalah kita sakit. Baru-baru ini saya telah pergi melawat sepupu isteri saya di hospital USM. Keadaan beliau sungguh meruntun hati saya kerana dengan umur yang masih muda terlantar di katil hospital dek kerana lumpuh kaki dan juga tangan kanan beliau. Lebih teruk lagi Mulut beliau pula tidak dapat berkata-kata. Hanya air mata yang dapat mempamerkan kesengsaraan yang dihadapi. Ya Allah, sungguh berat dugaan yang diberikan kepada beliau. Semoga diberikan peluang untuk sembuh seperti sediakala, insyaAllah.

Sekarang ini izinkan saya bercerita tentang potret yang saya paparkan di entri ini. Tajuk sudah menerangkan mengenai identiti si penempah. Nama si empunya dirinya Fariz bersama isterinya yang baru setahun dinikahi. Fariz adalah antara kawan saya yang agak rapat dengan saya suatu ketika dahulu. Beliau ini seorang yang penuh berdisiplin sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Sesuailah dengan jawatan yang disandang sekarang iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik. Orangnya tidak sombong dan tutur katanya amat sopan. Rajin dan juga berdedikasi. Bukan tujuan saya hendak mempromosi beliau tetapi sifat-sifat peribadi beliau yang baik itu memang patut kita contohi.

Melukis potret ini agak sukar terutamanya nak melukis pasangannya tu yang agak mencabar. Lagi yang susah adalah crown dan juga sulaman-sulaman pada baju dan juga tudung. Biasalah potret pengantin kan...memanglah susah sikit. Bagaimanapun apabila dah selesai memang puas hati. Lagi satu, kedudukan antara pasangan lelaki dan juga perempuan agak jauh tetapi saya dekatkan kerana nak muatkan atas satu kertas. Alhamdulillah tak nampak janggal.

Nanti ada projek baru atas kertas besar, kata orang yang nak tempah tu saiz tiga kali saiz A3. Wow besarnya. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih semua yang sudi membaca blog ini. Jumpa lagi di entri yang akan datang.

Sekian, wassalam.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply