Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Jumaat, Jun 24, 2011

Lukisan Potret Puan Syalwa & Suami dari Cheras, Kuala Lumpur

Posted by Awie | Jumaat, Jun 24, 2011 | Category: |


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Saya baru sahaja empat hari balik daripada Kuala Lumpur kerana program Hari Keluarga pejabat saya. Balik-balik bukannya boleh duduk rilek je, sambung melukis tempahan yang ada. Walau apa pun inilah kerja sampingan saya yang dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan harian. Barang makin naik kan, gaji duk takuk tu je lah. Kena pandai cari punca hasil yang lain.

Potret yang saya nak cerita ni adalah potret sebenarnya sudah diposkan kira-kira seminggu yang lepas. Selepas tu ada siap lagi satu potret tetapi tidak dimasukkan di blog ini atas kehendak pelanggan. Terima kasih puan Syalwa kerana kesudian melanggan potret dengan saya walaupun puan tidak mengenali saya. Kepercayaan pelanggan semua amat saya hargai kerana bukan senang hendak memperolehinya. Apatah lagi membeli secara atas talian (online). Entah jujur atau tidak penjual yang kita berurusan tu. Saya faham masalah ini kerana saya adalah seorang yang terlibat secara langsung dengan bidang IT. Walaubagaimanapun zaman sentiasa berubah. Jadi kita kenalah boleh mengadaptasi persekitaran dan perubahan-perubahan yang ada dengan diri kita. Orang kata mengikut peredaran zaman.

Potret ini juga adalah hasil ubahsuai iaitu mendekatkan kedua-dua orang di dalam foto.Saya kena pandai mengagak saiz muka pasangan ini dengan sewajarnya. Alhamdulillah berjaya juga. Saya menggunakan latar belakang hitam kerana ruangan kosong amat sedikit dan saya rasa perlukan hitam untuk menimbulkan objek yang dilukis.

Saya ucapkan semoga Puan Syalwa dan suami beliau sentiasa beroleh kebahagiaan dan hidup ceria selalu. Semoga potret ini dapat mengeratkan lagi hubungan puan suami isteri.

Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah berjumpa lagi kita di entri yang baru.

Wassalam.

Currently have 0 comments:


Leave a Reply