Jumaat, Disember 03, 2010
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Walaupun belajar dah habis tapi masih lagi sibuk dengan urusan-urusan lain. Jadi, blog pun jarang-jarang update. Alhamdulillah baru ada masa nak update.
Jadi, potret ini adalah yang terbaru. Sebenarnya ada lagi 2 keping potret yang dah siap, tetapi customer tak nak display kat sini atau fb, jadi saya perlu hormati kehendak mereka. Oklah, sekurang-kurangnya ada yang ni, dapat juga saya update blog ni. Kalau takde potret nak dipamer kat sini, rasa macam tak lengkap sebagai blog seorang pelukis seperti saya ni.
Potret ni adalah potret ubahsuai kerana foto asal, tuannya berambut panjang dan baju pula bukan round neck tapi V-neck. So, ikut kehendak pelanggan, ubahsuai. Customer is always right kan.
Sekian saja untuk entri ni. Kena teruskan dengan lukisan lain malam ni.
Wassalam.
Jumaat, November 19, 2010
Assalamualaikum w.b.t...dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana saya telah selamat menjalani peperiksaan akhir untuk semester terakhir pengajian saya. Akhirnya sekarang saya sudah ada masa untuk kerja sambilan saya ni. Dulu terpaksa berperang dengan assignment. Sambil-sambil tu buat lukisan. Sekarang ni dah boleh tumpu sepenuhnya.
Potret di sebelah saya lukis selepas peperiksaan akhir. Lambat upload kerana ada program perpisahan dengan rakan-rakan sepengajian di Genting Highland. dah lama tak update blog. InsyaAllah pasni boleh tambah banyak karya-karya baru.
Potret ni sudah diberi kepada penempah. Dah siap frame pun. Semoga puas hati lah. Lepas ni nak lukis 3 tempahan sedia ada. Malam ni pun ada satu nak buat.
Sekian dulu buat masa ni. Jumpa lagi.
Wassalam.
Ahad, November 07, 2010
Potret sempena Ulangtahun Perkahwinan
Posted by Awie | Ahad, November 07, 2010 | Category:
|
0
comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Minggu ni adalah minggu pertama saya selepas tamatnya peperiksaan akhir pengajian saya. Lega kerana akhirnya selama empat tahun dapat juga bertahan sampai ke semester akhir. Bekerja, belajar dan melukis potret bukannya satu perkara yang senang kerana perlu memastikan semuanya berjalan lancar.
Sekarang bolehlah saya menumpukan kepada melukis potret. Dalam pada kesibukan bagi mempersiapkan diri dengan peperiksaan akhir dan juga pembentangan-pembentangan projek akhir, dapat juga saya menyiapkan lukisan ini. Potret ini ditempah dalam tempoh yang singkat kerana mungkin tarikh ulangtahun tersebut sudah dekat. Kiranya saya ni nak membantu sekadar yang mampu, kerana jika diikutkan, tempoh penempahan adalah singkat. Ditambah pula saya sibuk dengan finalise projek-projek semester akhir yang menuntut masa yang banyak. Takde masalah, kalau dapat bantu, saya bantu.
OKlah sampai jumpa lagi di lain entri.
Sekian, wassalam.
Ahad, Oktober 31, 2010
Potret Puteri kepada Bekas Rakan Sekerja
Posted by Awie | Ahad, Oktober 31, 2010 | Category:
|
0
comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada kerajaan kerana bagi cuti peristiwa hari ni sempena kemenangan skuad Red Warrior semalam. So dapatlah curi-curi masa nak update blog ni.
Lukisan ni memang mencabar, sebab adik ni comel sangat. So perlu pastikan hasilnya tidak mengurangkan kecantikannya. Shading lukisan ni sebenarnya berbeza dengan lukisna-lukisan sebelum ini. Ini kerana saya tidak menggunakan alat yang biasa saya pakai untuk membuat shading. Dapat ilmu baru daripada rakan Facebook. Terima kasih rakan-rakan yang tidak kedekut ilmu.
Lukisan ni dah diserahkan kepada penempah. Komennya di FB, dia bagi markah 100%. Wow, maknanya betul-betul puas hati la tu. Terima kasihlah kerana sudi menempah buat kali kedua.
Akhir kata, jika suka dengan lukisan-lukisan saya ni tanyalah saya jika minat nak tempah ok?!.
Sekian, wassalam.
Jumaat, Oktober 29, 2010
Potret bekas Pengarah di Bukit Aman
Posted by Awie | Jumaat, Oktober 29, 2010 | Category:
|
0
comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dah berhabuk blog ni sebab lama tak update hehe. Oleh kerana final exam lagi 1 minggu, so kira ada la sikit masa nak update,. Sebelah kiri ni potret bekas pengarah di Bukit Aman. Hmm...lukisan ni ditempah oleh seorang kakak di IPK Kota Bharu. Kenal kat facebook je la. Pastu datang jumpa saya di ofis.
Foto asal ni sebenarnya kurang jelas..sebab dicetak di kertas A4 dan menggunakan printer, kalau tak silap deskjet. so mesti boleh agak kan macamana sukarnya nak trace lighting dan struktur-struktur wajah. Tapi memang itulah cabarannya sebagai seorang pelukis. Kena kreatif. Alhamdulillah, dapat jugak deliver.
OKlah, kena tidur dulu sebab esok kena bangun awal. Banyak kerja nak dibuat.
Nanti nak upload 2 keping potret lagi yang dah siap.
Sekian, wassalam.
Khamis, Oktober 14, 2010
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Semoga di dalam kesihatan yang mantap. Kalau kurang sihat, makan ubat. Jadi, nak ceritanya pasal potret di sebelah ni la. Potret ni memang paling special. Tahu kenapa? Sebab saya hantar by hand. Sebenarnya sambil menyelam, sambil minum air la sebab keketulan ada kursus di Putrajaya. Office mate tuan punya potret berkursus sama-sama dengan saya di sana.
Potret ni dah dipost terlebih dahulu di Facebook. Ni baru upload kat sini. Kalau ikutkan, dah terbalik sebab kat potret ada alamat blog, tapi kalau masuk blog potret belum ada. Tak kisahla, sebab kat blog ni ada jugak sampel-sampel lukisan yang lain.
Oklah, setakat ni dulu buat kali ni. rajin-rajinkanlah singgah di blog ini sebab saya akan pastikan potret-potret baru akan dimasukkan sekerap mungkin.
Sekian, terima kasih. Wassalam.
Sabtu, Oktober 09, 2010
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...
Sekarang ni dah ada 2 tempahan yang baru siap, tapi saya nak upload yang ni dulu. Potret ni tempahan dari kawan untuk diberi kepada bosnya semasa majlis perpisahan. Kalau tak silap, pencen. Hmm, suka juga kerana dapat membantu kawan yang hendak memberi cenderahati kepada bos dia. Semoga cenderahati ini dapat menjadi satu kenangan yang abadi kepada penerimanya.
Sebenarnya ini adalah tempahan yang segera, kerana ditempah dalam satu jangkasama yang singkat. Saya sangup membantu sekiranya terdapat pemintaan seperti ini kerana sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebannya. Ya lah, sebab tak perlu nak pergi beli hadiah kat kedai, jadi jimat duit minyak, parking, tenaga dan masa. Potret sampai ke tangan kita. Sungguh mudah, cepat dan selamat, insyaAllah.
Kepada bekas bos kawan saya ni, saya ucapkan selamat bersara. Semoga tuan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Sekian, wassalam.
Langgan:
Catatan (Atom)




