Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Rabu, Oktober 12, 2011

Potret baru selepas raya

Posted by Awie | Rabu, Oktober 12, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Lama juga saya bercuti dari melukis. Agak kekok juga untuk mula kembali. Rasanya dah dua bulan blog ini tidak dikemaskini. Alhamdulillah perniagaan potret online masih lagi berjalan lancar Di samping melakukan tugas hakiki di pejabat, saya masih diberi keizinan oleh Allah s.w.t untuk melakukan kerja luar dengan sempurna.

Potret ini sudah diserahkan kepada penempah minggu lepas. Foto rujukan adalah bersaiz passport. Agak sulit juga untuk menterjemahkan foto yang sekecil itu ke kertas lukisan. Tetapi dengan ketekunan dan kesungguhan pasti apa-apa jua pun kerja yang dilakukan mendapat hasil yang setimpal.

Minggu lepas PM mengumumkan bajet 2012 yang menyaksikan banyak berita gembira terutamanya kepada kakitangan awam. Walaubagaimanapun, biasanya harga barang juga akan melambung. Semakin hari wang akan kehilangan nilainya. Itulah dia lumrah dunia.

Saya pun sebenarnya sudah lama tidak menulis, jadi terasa payah untuk menghasilkan idea-idea yang baik untuk penulisan pada kali ini. Mohon izin untuk menoktahkan setakat ini sahaja. Sampai jumpa lagi di lain entri. Sekian, wassalam.

Rabu, Jun 29, 2011

Kawanku seorang Pegawai Tadbir di Kementerian Pelajaran, Putrajaya

Posted by Awie | Rabu, Jun 29, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Apa khabarnya anda semua hari ini? Adakah dalam keadaan kesihatan yang terbaik atau sebaliknya? Saya doakan semoga anda semua sihat wal afiat. Kalau kurang atau tidak sihat tak mengapa, itu sudah lumrah manusia. Usahakan agar cepat sembuh. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t semoga kita memperoleh kesihatan. Nikmat kesihatan amat tinggi nilainya yang mana kita tidak akan tahu sehinggalah kita sakit. Baru-baru ini saya telah pergi melawat sepupu isteri saya di hospital USM. Keadaan beliau sungguh meruntun hati saya kerana dengan umur yang masih muda terlantar di katil hospital dek kerana lumpuh kaki dan juga tangan kanan beliau. Lebih teruk lagi Mulut beliau pula tidak dapat berkata-kata. Hanya air mata yang dapat mempamerkan kesengsaraan yang dihadapi. Ya Allah, sungguh berat dugaan yang diberikan kepada beliau. Semoga diberikan peluang untuk sembuh seperti sediakala, insyaAllah.

Sekarang ini izinkan saya bercerita tentang potret yang saya paparkan di entri ini. Tajuk sudah menerangkan mengenai identiti si penempah. Nama si empunya dirinya Fariz bersama isterinya yang baru setahun dinikahi. Fariz adalah antara kawan saya yang agak rapat dengan saya suatu ketika dahulu. Beliau ini seorang yang penuh berdisiplin sejak dari zaman sekolah menengah lagi. Sesuailah dengan jawatan yang disandang sekarang iaitu Pegawai Tadbir Diplomatik. Orangnya tidak sombong dan tutur katanya amat sopan. Rajin dan juga berdedikasi. Bukan tujuan saya hendak mempromosi beliau tetapi sifat-sifat peribadi beliau yang baik itu memang patut kita contohi.

Melukis potret ini agak sukar terutamanya nak melukis pasangannya tu yang agak mencabar. Lagi yang susah adalah crown dan juga sulaman-sulaman pada baju dan juga tudung. Biasalah potret pengantin kan...memanglah susah sikit. Bagaimanapun apabila dah selesai memang puas hati. Lagi satu, kedudukan antara pasangan lelaki dan juga perempuan agak jauh tetapi saya dekatkan kerana nak muatkan atas satu kertas. Alhamdulillah tak nampak janggal.

Nanti ada projek baru atas kertas besar, kata orang yang nak tempah tu saiz tiga kali saiz A3. Wow besarnya. Alhamdulillah rezeki. Terima kasih semua yang sudi membaca blog ini. Jumpa lagi di entri yang akan datang.

Sekian, wassalam.

Jumaat, Jun 24, 2011

Lukisan Potret Puan Syalwa & Suami dari Cheras, Kuala Lumpur

Posted by Awie | Jumaat, Jun 24, 2011 | Category: | 0 comments


Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,

Saya baru sahaja empat hari balik daripada Kuala Lumpur kerana program Hari Keluarga pejabat saya. Balik-balik bukannya boleh duduk rilek je, sambung melukis tempahan yang ada. Walau apa pun inilah kerja sampingan saya yang dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan harian. Barang makin naik kan, gaji duk takuk tu je lah. Kena pandai cari punca hasil yang lain.

Potret yang saya nak cerita ni adalah potret sebenarnya sudah diposkan kira-kira seminggu yang lepas. Selepas tu ada siap lagi satu potret tetapi tidak dimasukkan di blog ini atas kehendak pelanggan. Terima kasih puan Syalwa kerana kesudian melanggan potret dengan saya walaupun puan tidak mengenali saya. Kepercayaan pelanggan semua amat saya hargai kerana bukan senang hendak memperolehinya. Apatah lagi membeli secara atas talian (online). Entah jujur atau tidak penjual yang kita berurusan tu. Saya faham masalah ini kerana saya adalah seorang yang terlibat secara langsung dengan bidang IT. Walaubagaimanapun zaman sentiasa berubah. Jadi kita kenalah boleh mengadaptasi persekitaran dan perubahan-perubahan yang ada dengan diri kita. Orang kata mengikut peredaran zaman.

Potret ini juga adalah hasil ubahsuai iaitu mendekatkan kedua-dua orang di dalam foto.Saya kena pandai mengagak saiz muka pasangan ini dengan sewajarnya. Alhamdulillah berjaya juga. Saya menggunakan latar belakang hitam kerana ruangan kosong amat sedikit dan saya rasa perlukan hitam untuk menimbulkan objek yang dilukis.

Saya ucapkan semoga Puan Syalwa dan suami beliau sentiasa beroleh kebahagiaan dan hidup ceria selalu. Semoga potret ini dapat mengeratkan lagi hubungan puan suami isteri.

Sekian dulu buat kali ini. InsyaAllah berjumpa lagi kita di entri yang baru.

Wassalam.

Isnin, Jun 06, 2011

Hadiah Persaraan- Potret Hitam Putih

Posted by Awie | Isnin, Jun 06, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Hai apa khabar pengunjung blog sekalian? Harap-harapnya kesihatan di tahap terbaik. Kesihatan kena selalu dijaga agar tidak merana kemudian hari. Saya pun sudah mula mengambil berat tentang kesihatan sekarang ni. Bukan apa, usia dah semakin banyak, penyakit makin senang nak hinggap. Masa muda dulu tak kisah sangat tentang apa yang dimakan dan diminum. Apa-apapun kena beringat ya.

Oklah, Di sebelah kiri ni adalah potret yang baru. Dah poslaju ke Kluang Johor. Alhamdulillah siap dengan jayanya. Harap-harap suka lah ye dengan hasil kerja saya ni. Sebenarnya ada sedikit kesilapan semasa mengambil foto lukisan ni. Tak perasan setting kualitinya adalah VGA. So kualitinya amat rendah, tak nampak detail gambar.

Melukis potret ni tak banyak masalah sebab foto asalnya sangat jelas. Itulah kelebihannya jika menggunakan foto yang jelas. Hasilnya juga sangat jelas. Kadang-kadang jika foto asal tidak jelas iaitu kabur, hasilnya pun kurang berkualiti sebab sukar untuk menentukan pencahayaan, saiz pancaindera, bentuk muka dan sebagainya kerana setiap manusia adalah berbeza bentuk wajahnya dan juga saiz atau bentuk pancainderanya. Itulah uniknya kita.

Saya rasa setakat ini dahulu coretan pada kali ini. Terima kasih yang tidak terhingga atas kesudian membaca blog ini. Jika berminat untuk memiliki potret seperti yang dipaparkan di blog ini sudi-sudikan lah menempah dengan saya.

Sekian, terima kasih.
Wassalam.


Jumaat, Mei 27, 2011

Tempahan Terbaru Dari Negeri Sembilan

Posted by Awie | Jumaat, Mei 27, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah saya berasa amat syukur sekali kerana di kala ini kesihatan saya di tahap yang baik.  Dalam 2-3 minggu lepas saya menghadapi sedikit masalah kesihatan yang membuatkan saya rasa besarnya nikmat kesihatan. Oklah, tinggalkan dulu cerita tu, sekarang ni kita kembali ke cerita mengenai potret terbaru saya pula.

Potret ini sudah lama disiapkan dan baru hari ini saya berkesempatan untuk upload di blog ni. Tempahan potret ini saya dapat daripada facebook. Tidak dinafikan facebook banyak membantu mendekatkan saya dengan pelanggan-pelanggan. Disamping dapat menambah rakan-rakan baru saya juga dapat mempamerkan hasil kerja saya di fb.

Tempahan ini daripada Negeri Sembilan, daripada sebuah Institusi pengajian tinggi. Pasangan yang sama padan sama lawa, saya ucapkan semoga berkekalan ke jinjang pelamin. 

Sekian sahaja buat kali ini. Jumpa di lain entri.

Wassalam.

Isnin, April 18, 2011

Potret CEO ESPEK, Selangor

Posted by Awie | Isnin, April 18, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Ini adalah potret terbaru saya seorang CEO sebuah agensi yang menguruskan ladang dan kilang RISDA. Potret ini dihantar dengan Poslaju hari Sabtu lepas.

Dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain memberi kedamaian kepada saya. Sedikit bantuan dari segi penyediaan cenderamata iaitu potret ini semoga dapat membantu penempah dari segi masa dan tenaga kerana tidak perlu bersusah payah ke galeri-galeri lukisan, menjiimatkan minyak kereta kerana tidak perlu keluar untuk menempah di kedai, hanya di depan komputer, malah masa juga dapat digunakan untuk perkara-perkara lain yang lebih mustahak. Cuma tinggal lagi, hanya perlu buat frame kat kedai.

Terima kasih kepada saudara yang sudi menempah potret ini. Semoga ia telah memenuhi sepertimana kehendak tuan.

Sekian, wassalam.

Sabtu, April 16, 2011

POTRET CIKGU DARI JERANTUT, PAHANG

Posted by Awie | Sabtu, April 16, 2011 | Category: | 0 comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Hari ini ada 3 potret yang dah siap tetapi belum upload. Sebenarnya sebelum yang tiga keping ni dah ada 2 keping yang lagi awal siap, tapi tak boleh dimasukkan di blog ini atas permintaan pemiliknya.

Pemilik potret ini adalah sebenarnya kawan baik saya yang sekarang bertugas di Jerantut, Pahang. Kelmarin hantar dengan pos laju, semalam tuan dia dah tanya mana potret dia kat dalam blog? ha ha cikgu, maafkan saya lambat upload. Senangnya bekerja dengan dia, orang kata tak banyak songeh. Suruh bank-in terus bank-in, bak kata orang Kelantan "mudoh bbaso". Cikgu Azuri, kawan lama saya sejak sekolah rendah. Masa dulu selalu saya berbasikal ke rumahnya yang jauhnya lebih kurang 3-4 KM dari rumah saya. Selepas naik ke sekolah menengah, kami berlainan kelas.Dia geng lain, saya geng lain. Setahun dua ni barulah kembali kamcing.

Saya dapati, kawan-kawan dari sekolah rendah lebih rapat daripada kawan-kawan selepas tu, tak kira kawan seuniversiti, kawan sepejabat dan sebagainya. Antara sebabnya kita kenal habis keluarga kawan kita tu dan selalu berkunjung ke rumah mereka. Mungkin tuan-tuan lain pula keadaannya.

OKlah, sekarang ada lagi satu projek potret nak buat. Lagi satu masih menunggu foto. Tapi malam ni nak berehat dulu. dah lebih kurang seminggu lebih tak rehat. Melukis non-stop. Alhamdulillah, bersyukur rasanya kerana sudah semakin ramai yang mempercayai bakat saya. Diharap dapat saya sumbangkan sedikit sebanyak hasil kerja saya kepada anda semua.

Semoga berjumpa lagi di entri seterusnya.

Sekian, wassalam.