Awie seorang pelukis potret

Awie, pelukis potret hitam putih (pensel).Bersedia mengambil tempahan. Add saya di facebook : Awie Senilukis. Pertanyaan call saya di 013-9077220 atau email : asmawi.busu@gmail.com atau tanya di Kotak cakap(shoutbox).

Rabu, November 16, 2011

POTRET SEMPENA PERKAHWINAN

Posted by Awie | Rabu, November 16, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bersua kita kali ini bagi entri yang baru. Potret di sebelah ditempah oleh kawan yang berada di Putrajaya. Sehingga kini dah ada tiga potret baru yang sudah siap, cuma belum berkesempatan untuk upload ke dalam blog. Potret ini kawan saya hendak hadiahkan kepada rakannya sempena perkahwinan mereka. Saya doakan semoga perhubungan berkekalan.  Sebuah potret sudah tentu menarik perhatian sesiapa sahaja yang menerimanya kerana...

Ahad, Oktober 23, 2011

Potret Baby Nurul, Terengganu

Posted by Awie | Ahad, Oktober 23, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Alhamdulillah dapat lagi kita bertemu pada entri yang ke sekian kalinya hari ini. Semoga tuan-tuan pembaca blog ini semua dalam kesihatan yang baik. Baiklah, di sebelah kiri saya ini potret baby kawan saya, seorang guru di Terengganu. Comel babynya. Potret ini dihantar melalui pos ekspres pada hari khamis lepas. Kawan saya bagitau, dah dapat potret hari ini. fuh, lega saya. Setakat ini alhamdulillah tiada potret yang sangkut....

Rabu, Oktober 19, 2011

Potret Guru Yang Seterusnya

Posted by Awie | Rabu, Oktober 19, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Pada kali ini sekali lagi saya kita bercerita pasal potret guru. Ini kerana saya mendapat dua tempahan potret guru sekolah dalam masa dua minggu yang lepas. Selepas potret ini barulah potret yang lain sikit, yang tu saya akan cerita pada masa yang lain. Potret ini ditempah sempena persaraan. Sesudah lama mencurahkan bakti kepada anak bangsa, maka tibalah masa untuk bersara. Bermulanya suasana baru kerana sudah tidak terlibat...

Ahad, Oktober 16, 2011

Potret Guru

Posted by Awie | Ahad, Oktober 16, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Bismillah pembuka kata, alhamdulillah kerana dapat meneruskan penulisan blog ini bagi sekian kalinya. Perniagaan saya sekarang ini juga sudah makin baik. Semuanya lancar dan tidak ada apa-apa masalah. Sudah tentunya saya rasa syukur kepada nikmat yang diberikan dengan rasa penuh terharu dan takjub dengan fakta betapa Allah s.w.t itu maha pemurah lagi maha mengasihani. Potret yang ingin saya paparkan kali ini adalah potret...

Rabu, Oktober 12, 2011

Potret baru selepas raya

Posted by Awie | Rabu, Oktober 12, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Lama juga saya bercuti dari melukis. Agak kekok juga untuk mula kembali. Rasanya dah dua bulan blog ini tidak dikemaskini. Alhamdulillah perniagaan potret online masih lagi berjalan lancar Di samping melakukan tugas hakiki di pejabat, saya masih diberi keizinan oleh Allah s.w.t untuk melakukan kerja luar dengan sempurna. Potret ini sudah diserahkan kepada penempah minggu lepas. Foto rujukan adalah bersaiz passport....

Rabu, Jun 29, 2011

Kawanku seorang Pegawai Tadbir di Kementerian Pelajaran, Putrajaya

Posted by Awie | Rabu, Jun 29, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Apa khabarnya anda semua hari ini? Adakah dalam keadaan kesihatan yang terbaik atau sebaliknya? Saya doakan semoga anda semua sihat wal afiat. Kalau kurang atau tidak sihat tak mengapa, itu sudah lumrah manusia. Usahakan agar cepat sembuh. Berdoa dan bertawakkal kepada Allah s.w.t semoga kita memperoleh kesihatan. Nikmat kesihatan amat tinggi nilainya yang mana kita tidak akan tahu sehinggalah kita sakit. Baru-baru ini...

Jumaat, Jun 24, 2011

Lukisan Potret Puan Syalwa & Suami dari Cheras, Kuala Lumpur

Posted by Awie | Jumaat, Jun 24, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, Saya baru sahaja empat hari balik daripada Kuala Lumpur kerana program Hari Keluarga pejabat saya. Balik-balik bukannya boleh duduk rilek je, sambung melukis tempahan yang ada. Walau apa pun inilah kerja sampingan saya yang dapat menampung sedikit sebanyak perbelanjaan harian. Barang makin naik kan, gaji duk takuk tu je lah. Kena pandai cari punca hasil yang lain. Potret yang saya nak cerita ni adalah potret sebenarnya...

Isnin, Jun 06, 2011

Hadiah Persaraan- Potret Hitam Putih

Posted by Awie | Isnin, Jun 06, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Hai apa khabar pengunjung blog sekalian? Harap-harapnya kesihatan di tahap terbaik. Kesihatan kena selalu dijaga agar tidak merana kemudian hari. Saya pun sudah mula mengambil berat tentang kesihatan sekarang ni. Bukan apa, usia dah semakin banyak, penyakit makin senang nak hinggap. Masa muda dulu tak kisah sangat tentang apa yang dimakan dan diminum. Apa-apapun kena beringat ya. Oklah, Di sebelah kiri ni adalah potret yang...

Jumaat, Mei 27, 2011

Tempahan Terbaru Dari Negeri Sembilan

Posted by Awie | Jumaat, Mei 27, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah saya berasa amat syukur sekali kerana di kala ini kesihatan saya di tahap yang baik.  Dalam 2-3 minggu lepas saya menghadapi sedikit masalah kesihatan yang membuatkan saya rasa besarnya nikmat kesihatan. Oklah, tinggalkan dulu cerita tu, sekarang ni kita kembali ke cerita mengenai potret terbaru saya pula. Potret ini sudah lama disiapkan dan baru hari ini saya berkesempatan untuk upload di blog ni. Tempahan potret ini saya...

Isnin, April 18, 2011

Potret CEO ESPEK, Selangor

Posted by Awie | Isnin, April 18, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera Ini adalah potret terbaru saya seorang CEO sebuah agensi yang menguruskan ladang dan kilang RISDA. Potret ini dihantar dengan Poslaju hari Sabtu lepas. Dapat membantu menyelesaikan masalah orang lain memberi kedamaian kepada saya. Sedikit bantuan dari segi penyediaan cenderamata iaitu potret ini semoga dapat membantu penempah dari segi masa dan tenaga kerana tidak perlu bersusah payah ke galeri-galeri lukisan,...

Sabtu, April 16, 2011

POTRET CIKGU DARI JERANTUT, PAHANG

Posted by Awie | Sabtu, April 16, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Hari ini ada 3 potret yang dah siap tetapi belum upload. Sebenarnya sebelum yang tiga keping ni dah ada 2 keping yang lagi awal siap, tapi tak boleh dimasukkan di blog ini atas permintaan pemiliknya. Pemilik potret ini adalah sebenarnya kawan baik saya yang sekarang bertugas di Jerantut, Pahang. Kelmarin hantar dengan pos laju, semalam tuan dia dah tanya mana potret dia kat dalam blog? ha ha cikgu, maafkan saya lambat...

Ahad, April 03, 2011

Potret Adik & pasangannya

Posted by Awie | Ahad, April 03, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera, Saya ada terfikir, ada ke orang yang baca blog ni. Tapi kalau tengok kat jumlah pengunjung nampak bertambah. Oklah tu, walaupun tak ramai. Tak mengapalah, kalau takde blog ni susah jugak saya nak promote lukisan. Walaupun jumlah pengunjung tak la seramai kat blog hiburan, tapi alhamdulillah rezeki tak pernah putus setakat ni. Syukur.. Untuk entri ni saya masukkan potret adik saya dan isterinya yang menetap di Kuala Lipis....

Jumaat, Mac 11, 2011

Potret ke-3 Tempahan Kak Wanah

Posted by Awie | Jumaat, Mac 11, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejatera, Pertama sekali syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah s.w.t kerana dengan izin serta limpah kurniaNya dapat saya meneruskan penulisan blog ini hingga ke sekian kalinya dan juga tidak putus-putus dikurniakan rezeki dalam bidang ini. Di sebelah ini adalah potret tempahan daripada Kak Wanah yang ke-3. Terima kasih kak kerana masih lagi berminat dengan hasil kerja saya. Ini adalah juga anak-anak kak wanah yang kedua...

Rabu, Mac 02, 2011

Potret tempahan dari Shah Alam

Posted by Awie | Rabu, Mac 02, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera. Dah sebulan tak upload potret. Ada satu potret dah siap lama tapi belum upload kerana yang original pun belum diambil oleh tuannya. Oleh itu, simpan dulu yang tu. Hari ni nak upload yang lain. Alhamdulillah, setakat ini tempahan masih tidak putus diterima, walaupun kuantitinya tidak banyak. Tapi syukur, kerana masih ada ruang untuk saya mencari rezeki sampingan. Setakat hari ini, ada 3 tempahan lagi yang perlu disiapkan. Hari...

Ahad, Januari 23, 2011

Kawan semasa sekolah menengah dulu, Mek Ja

Posted by Awie | Ahad, Januari 23, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamalaikum w.b.t, Hai, apa khabar? Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.Potret ini adalah satu batch dengan potret Encik Faizul (potret couple) yang mana dihantar dengan tangan ke Melaka. Yang ini kawan satu kelas masa sekolah menengah dulu. Terima kasih kawan-kawan kerana bagi sokongan kepada bisnes saya. Nama manjanya Mekja. Gelaran yang sinonim dengan gadis-gadis Kelantan.  Pada 18-19 Disember tahun lepas kami mengadakan program reunion bekas pelajar...

Sabtu, Januari 22, 2011

Potret En Faizul, Pegawai Kementerian Pelancongan

Posted by Awie | Sabtu, Januari 22, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t, Hari ni rajin sikit update blog. Ini adalah entri yang kedua untuk malam ni. Potret kawan baik saya. Potret ini ditempah sempena ulang tahun ke-5 perkahwinan beliau. Siap mintak tulisan jawi, kena la layan. Cuba-cuba kaligrafi pulak. Rasanya bukan kaligrafi sangat pun. Potret ni dihantar dengan tangan ke Melaka kerana kebetulan ada reunion sekolah kami di sana. jadi ambil peluang tu la. Nampaknya berpuas hati betul bila dapat lukisan ni. Terima...

Potret order dari Putrajaya

Posted by Awie | | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t.. Alhamdulillah dapat juga saya update blog ini hari ni. Sejak kebelakangan ini saya kurang sihat kerana gastrik.Masuk wad 1 malam sebab tu lah. Sekarang ni syukur ke hadrat Ilahi kerana kesihatan sudah bertambah baik. Karya ini adalah tempahan daripada seorang pegawai kerajaan di Putrajaya. Terima kasih Puan kerana sudi menempah dengan saya. Potret ini diubahsuai daripada foto asal kerana sorang berdiri dan sorang lagi duduk. Jadi nak bagi fit...

Selasa, Januari 04, 2011

Projek potret pukal

Posted by Awie | Selasa, Januari 04, 2011 | Category: | 0 comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Apa khabar?Bulan 12 adalah bulan yang paling sibuk untuk saya, dengan kerjanya, aktiviti-aktivitinya, musim tengkujuh pun effect kat aktiviti-aktiviti seharian. Tetapi yang paling susahnya, hotspot dah ditamatkan di kawasan rumah saya, jadi kerja-kerja update blog tak dapat dilakukan dengan lancar. Sekarang ni saya sibuk dengan projek potret yang dipesan dengan kuantiti yang banyak. Jadi, tengah buat yang tu la. Mungkin besok...
Pages (13)123456 Next