Jumaat, Disember 03, 2010
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Walaupun belajar dah habis tapi masih lagi sibuk dengan urusan-urusan lain. Jadi, blog pun jarang-jarang update. Alhamdulillah baru ada masa nak update.
Jadi, potret ini adalah yang terbaru. Sebenarnya ada lagi 2 keping potret yang dah siap, tetapi customer tak nak display kat sini atau fb, jadi saya perlu hormati kehendak mereka. Oklah, sekurang-kurangnya ada yang ni, dapat juga saya update blog ni. Kalau takde potret...
Jumaat, November 19, 2010

Assalamualaikum w.b.t...dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana saya telah selamat menjalani peperiksaan akhir untuk semester terakhir pengajian saya. Akhirnya sekarang saya sudah ada masa untuk kerja sambilan saya ni. Dulu terpaksa berperang dengan assignment. Sambil-sambil tu buat lukisan. Sekarang ni dah boleh tumpu sepenuhnya.
Potret di sebelah saya lukis selepas peperiksaan akhir. Lambat upload kerana ada program perpisahan dengan rakan-rakan...
Ahad, November 07, 2010
Potret sempena Ulangtahun Perkahwinan
Posted by Awie | Ahad, November 07, 2010 | Category:
|
0
comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Minggu ni adalah minggu pertama saya selepas tamatnya peperiksaan akhir pengajian saya. Lega kerana akhirnya selama empat tahun dapat juga bertahan sampai ke semester akhir. Bekerja, belajar dan melukis potret bukannya satu perkara yang senang kerana perlu memastikan semuanya berjalan lancar.
Sekarang bolehlah saya menumpukan kepada melukis potret. Dalam pada kesibukan bagi mempersiapkan diri dengan peperiksaan akhir...
Ahad, Oktober 31, 2010
Potret Puteri kepada Bekas Rakan Sekerja
Posted by Awie | Ahad, Oktober 31, 2010 | Category:
|
0
comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Terima kasih kepada kerajaan kerana bagi cuti peristiwa hari ni sempena kemenangan skuad Red Warrior semalam. So dapatlah curi-curi masa nak update blog ni.
Lukisan ni memang mencabar, sebab adik ni comel sangat. So perlu pastikan hasilnya tidak mengurangkan kecantikannya. Shading lukisan ni sebenarnya berbeza dengan lukisna-lukisan sebelum ini. Ini kerana saya tidak menggunakan alat yang biasa saya pakai untuk membuat shading....
Jumaat, Oktober 29, 2010
Potret bekas Pengarah di Bukit Aman
Posted by Awie | Jumaat, Oktober 29, 2010 | Category:
|
0
comments

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Dah berhabuk blog ni sebab lama tak update hehe. Oleh kerana final exam lagi 1 minggu, so kira ada la sikit masa nak update,. Sebelah kiri ni potret bekas pengarah di Bukit Aman. Hmm...lukisan ni ditempah oleh seorang kakak di IPK Kota Bharu. Kenal kat facebook je la. Pastu datang jumpa saya di ofis.
Foto asal ni sebenarnya kurang jelas..sebab dicetak di kertas A4 dan menggunakan printer, kalau tak silap deskjet. so...
Khamis, Oktober 14, 2010
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Apa khabar anda semua? Semoga di dalam kesihatan yang mantap. Kalau kurang sihat, makan ubat. Jadi, nak ceritanya pasal potret di sebelah ni la. Potret ni memang paling special. Tahu kenapa? Sebab saya hantar by hand. Sebenarnya sambil menyelam, sambil minum air la sebab keketulan ada kursus di Putrajaya. Office mate tuan punya potret berkursus sama-sama dengan saya di sana.
Potret ni dah dipost terlebih dahulu di Facebook....
Sabtu, Oktober 09, 2010

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...
Sekarang ni dah ada 2 tempahan yang baru siap, tapi saya nak upload yang ni dulu. Potret ni tempahan dari kawan untuk diberi kepada bosnya semasa majlis perpisahan. Kalau tak silap, pencen. Hmm, suka juga kerana dapat membantu kawan yang hendak memberi cenderahati kepada bos dia. Semoga cenderahati ini dapat menjadi satu kenangan yang abadi kepada penerimanya.
Sebenarnya ini adalah tempahan yang segera, kerana ditempah...
Selasa, Oktober 05, 2010

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah siap lagi satu potret yang kawan tempah. Hm....sebenarnya agak mencabar jugak lukisan ni kerana anak kembar ini sememangnya pandai membuat mimik muka yang nakal. Jika tersilap lukis, jadi lain. Saya sebenarnya selalu melihat keletah dua beradik ini kerana mereka adalah anak kawan baik saya. Memang aktif dan suka bergurau. Wow, tentu susah untuk mengambil gambar mereka kerana tidak duduk diam.
Walaubagaimanapun...
Isnin, Oktober 04, 2010

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..
Bertemu kita semula di entri yang terbaru ni. Potret ni siap minggu lepas lagi dan sudah diberi kepada pemesan. Masa kat rumah ingat nak update potret ni ke dalam blog tapi cari-cari tak jumpa pulak foto dia. So kali ni baru lah boleh update.
Melukis potret satu wajah tidak sesusah melukis dua atau tiga dalam satu kertas. Kita boleh fokus kepada satu objek saje. Tapi kalau dua atau tiga dalam satu, lepas touch up yang...
Rabu, September 29, 2010
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Entri saya ni kebanyakannya disertai dengan satu potret baru. Sebenarnya tak pandai sangat mengarang ayat ni. Jadi tu lah sebabnya ada gambar kat sebelah. Senang sikit nak citer.
Potret ni kawan order sebab nak buat hadiah harijadi. Sebenarnya dah lama order, cuma foto lambat dapat. So, lambat la siap. Moralnya, cepat-cepat bagi foto, baru cepat siap ;-).
Sebenarnya dia dah bagi idea kat saya supaya bagi hadiah potret....
Jumaat, September 24, 2010
Potret Kak Dah-tempahan dari rakan sekuliah
Posted by Awie | Jumaat, September 24, 2010 | Category:
|
0
comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Alhamdulillah sempat juga menyiapkan tempahan ni walaupun sibuk dengan hari raya dan urusan pengajian. Kawan saya satu kuliah berniat untuk menjadikan potret ni sebagai hadiah kepada kawan baiknya. Baguslah, semoga kawan beliau suka. Sebuah lukisan tentunya mempunyai nilai yang tersendiri yang menjadikan ianya istimewa dan berharga terutamanya kepada si pemilik wajah yang dipotretkan. Setiap hasil seni itu seharusnya...
Jumaat, September 17, 2010
Potret tempahan rakan pejabat lain
Posted by Awie | Jumaat, September 17, 2010 | Category:
|
0
comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, bulan ramadhan dah berlalu dan hari raya juga sudah dilalui. Semoga anda semua telah berjaya menempuhi segala dugaan di bulan ramadhan dengan baik. Hari raya adalah harinya kita meraikan kemenangan kerana berjaya mengekang hawa nafsu dan meninggalkan perkara-perkara yang tidak baik yang lazimnya kita buat di hari biasa. Alhamdulillah, sebelum puasa sebenarnya saya sudah siapkan potret ni tapi tidak berkesempatan nak upload...
Rabu, September 08, 2010

Assalamualaikum w.b.t..
Lama juga saya tidak update blog ini. Sebenarnya lukisan pun slow sikit productionnya, bukan kerana penat berpuasa tetapi memberi laluan kepada urusan-urusan bulan ramadhan dan juga persiapan raya. Sempena hari raya yang bakal tiba, saya sekeluarga mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Sekiranya ada kekurangan dan kesilapan daripada saya harap dimaafkan. Semoga anda semua bergembira di hari yang mulia ini.
Sekian, terima kas...
Selasa, Ogos 17, 2010

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Ini adalah tempahan yang terakhir buat masa ni. Alhamdulillah lega sikit. Sekurang-kurangnya boleh la beribadat lebih sikit terutama di bulan ramadhan ni, ruginya kalau tak diisi dengan amalan-amalan yang sepatutnya.
Foto asal adalah bersaiz passport dan agak susah jugak nak tengok dia punya tone memandangkan melukis waktu malam. Kena tenung lama-lama baru dapat tengok betul-betul.
Foto anak berjubah dan memegang segulung...
Isnin, Ogos 16, 2010
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Ini adalah saya punya first ever karikatur. Dibuat bagi memenuhi permintaan rakan sepejabat. Apa salahnya mencuba sesuatu yang baru. Saya buat short survey contoh-contoh karikatur kat internet macam-macam jenis ada. Biasanya (mungkin semua) kepala besar tapi badan kecik. Tujuannya nak menonjolkan kelakar pada karikatur tu.
Mungkin hasilnya tak sebaik pelukis karikatur yang famous tapi tak rugi mencuba kerana daripada...
Ahad, Ogos 08, 2010
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera..
Bertemu lagi kita di entri ni. Lega rasanya dapat siapkan 2 potret 2 in 1. Baru hantar pakai pos laju hari ni. Part yang kira susah sikit tu adalah nak buat crown tu. Berliku-liku. Tapi takpe, asal customer puas hati kira OK la.
Hari ni ingatnya nak sambung buat tempahan yang lain tapi ada kelas pulak, tak larat. Mungkin besok baru start yang baru.
Oklah jika berminat dengan hasil kerja saya, jangan segan untuk bertanya....
Jumaat, Ogos 06, 2010
Potret terbaru tempahan dari Kuala Lumpur
Posted by Awie | Jumaat, Ogos 06, 2010 | Category:
|
0
comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Lama betul rasanya tak update blog..ni gara-gara berbengkel di Melaka dari 1 hingga 4 Ogos lepas. Penat. Hari ni walaupun masih lagi terasa kepenatannya memerah otak dan kudrat bagi mencapai objektif bengkel, saya rasa masih mahu mengemaskini blog ini.
Potret di sebelah kiri ni sudah siap sebelum pergi bengkel lagi. Baru je snap hari ni, tu pun atas permintaan wakil penempah sebab dia nak tengok kat Facebook. Potret ni...
Selasa, Julai 20, 2010
Potret tempahan dari Encik Aziz UTM Skudai
Posted by Awie | Selasa, Julai 20, 2010 | Category:
|
0
comments

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.
Potret terakhir buat masa ni yang sempat siap adalah tempahan dari Encik Aziz, Johor. Terima kasih Encik Aziz. (Potret dikeluarkan dari blog atas permintaan dari En. Aziz).
Foto asal dihantar melalui email saya : asmawi.busu@gmail.com. Cara menempah potret yang pantas. Lepas email terus bank in dan sms detailnya seperti saiz, nama dan alamat surat menyurat. Senang. Semudah ABC. Macam tu lah ceritanya...
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Setakat ni, inilah potret yang paling lama lukis. Dah 3 dalam 1, tu yang lama. kira-kira 12 jam, bukan 1 malam..tapi 3 malam. Ni juga kawan lama masa sekolah menengah dulu. Hantar by hand je sebab dekat.
Lukisan ni yang paling mencabar adalah nak melukis rambut si kecik kat tengah-tengah tu. Rambut kerinting.Nak buat kilatan rambut tu yang susah. Foto asal maknya pakai spek tapi dibuang atas permintaan tuannya sendiri....
Ahad, Julai 18, 2010

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera ,
Semalam baru siap potret 3 dalam 1. Lebih kurang 11 jam total baru siap. Bukan dalam sehari tetapi 3-4 hari buat. Fuh baru ada masa upload potret kat blog ni.
Ini potret rakan sekerja. Tempahan yang ketiga daripada rakan satu ofis. Ok tak frame gambar potret ni? Jangan terpedaya, frame ni bukan yang betul-betul, pakai software je. Nak suruh bagi nampak cantik sikit. Potret ini siap dari minggu lepas lagi...
Selasa, Julai 13, 2010
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Malam kelmarin siap lagi satu potret. Ini adalah tampahan dari seorang kawan lama saya yang tinggal berada di Klang, Selangor. Kawan sejak sekolah rendah lagi. Last jumpa di Kuala Lumpur kat pasar Chow Kit beberapa tahun yang lepas.
Potret ni dah dihantar melalui pos ekspres. Dunia perniagaan online macam tu lah. Tak payah pergi kedai, tengok apa barang/perkhidmatan yang kita nak secara online pastu boleh terus beli dan...
Rabu, Julai 07, 2010
Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera,
Ini adalah potret tempahan daripada Puan Yani daripada Hospital Raja Perempuan Zainab 2. Potret ini sebenarnya disiapkan sebelum potret Choi Ji Woo lagi tetapi lambat diupload.
Potret bersaiz A3 ini amat istimewa bagi Puan Yani lantaran itu terus diframe sesudah siap. Sebagai ibu ternyata tidak sabar untuk melihat potret anak-anak digantung di rumah. Hari-hari berlalu melihat anak-anak semakin membesar, dapat memberikan...
Isnin, Julai 05, 2010
Potret Choi Ji Woo tempahan dari pelanggan
Posted by Awie | Isnin, Julai 05, 2010 | Category:
|
0
comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera...
Ini adalah potret terbaru yang sudah disiapkan dan sudahpun diberi kepada pelanggan. Nampaknya seronok sungguh dia bila dapat potret ni. Minat sangat dengan heroin drama korea Winter Sonata ni.
Choi Ji Woo ni dulu sangat famous di Korea. Terutama apabila drama Winter Sonata sedang ditayangkan di kaca TV. Kuat sungguh pengaruhnya. Sebuah drama yang amat berkesan dan memberi impak kepada penonton.
Lega kerana sudah selesai...
Ahad, Julai 04, 2010
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ini adalah potret baru yang telahpun dihantar kepada tuannya. Alhamdulillah beliau menyukainya. Kepuasan pelanggan adalah mustahak kerana saya mahu pastikan pelanggan berasa hasil yang diperolehi setanding dengan harga yang dibayar. Pelanggan puas, saya pun puas.
Potret ini adalah bersaiz A3. Sebuah potret yang memberikan sedikit kegembiraan kepada pemiliknya. Alhamdulillah.
Sekian, wassal...
Khamis, Julai 01, 2010
Potret yang masuk bertanding di Facebook
Posted by Awie | Khamis, Julai 01, 2010 | Category:
|
0
comments
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ini adalah potret yang istimewa kerana masuk bertanding dalam pertandingan melukis potret di Facebook anjuran Kumpulan Peminat Lukisan Potret.
Pertandingan ini pertama kali dianjurkan dan saya rasa bertuah kerana termasuk dalam senarai peserta. Pertandingan seperti ini sangat menarik kerana setiap peserta mempunyai kekuatan dan kemahiran yang berbeza-beza. Yang paling penting dapat mengenali semasa pelukis dan dapat share...
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,
Ini adalah potret tempahan pelanggan, anak perempuan kawan isteri saya. Foto sebenar nampak separuh badan tetapi disebabkan saiz potret ini adalah A4 jadi tak boleh muat semua. Oklah wajah masuk ngam-ngam dalam saiz ni.
Foto asal begitu jelas dan memudahkan untuk ditransformasikan ke potret. Puas hati.
Potret ini disiapkan dalam masa 2 hari. Dah lama siap tetapi baru kali ni sempat upload.
Kepada pengunjung blog ini, jangan...
Assalamualaikum w.b.t,
Fuh, baru ada masa nak update blog. Di sebelah kiri post ini ada potret anak Nurul, kawan lama sejak sekolah rendah. Potret ni dipos ke Terengganu, tempat tinggal dia sekarang. Gambar asal dihantar melalui mesej facebook. Senang sejak ada aplikasi seperti ini, kalau dulu mesti kena poskan gambar sebenar. Lambat lagi menyusahkan.
Potret ini agak special sikit sebab ada frame. Frame ni percubaan nak suruh nampak cantik...
Khamis, Jun 17, 2010
Assalamualaikum w.b.t,Sibuk sedikit kebelakangan ni sampai nak upload potret baru pun tak sempat. Ini kerana perlu hadir ke kursus di Putrajaya. Walaupun 3 hari je, tapi terkejar masa jugak sebab perlu siapkan kerja office dan kerja melukis sebelum ke tempat kursus.
Ini adalah tempahan yang sudah siap pada minggu lepas. Baru sempat nak kemaskini blog minggu ni. Internet hotspot kat sini pun ada masalah 2-3 hari ni. Hari ni baru OK.
Tempahan ini adalah untuk dijadikan...
Khamis, Jun 10, 2010

Assalamualaikum w.bt.,
Pada minggu hadapan terdapat satu kursus berkaitan dengan kerja yang perlu saya hadiri di Putrajaya pada 13 hingga 16 Jun 2010. Pada 14 Jun, ada 2 keping potret yang telah sampai tempoh dateline dia. Jadi cuti hujung minggu ni kena siapkan tempahan-tempahan tersebut demi menjaga piagam yang telah saya tetapkan dalam menyiapkan lukisan pelanggan.
Walaubagaimanapun sepanjang tempoh berkursus saya masih boleh menerima tempahan. Jika berminat untuk...
Rabu, Jun 09, 2010
Potret Terbaru 8 Jun 2010 - Pn. Nik Safuanah
Posted by Awie | Rabu, Jun 09, 2010 | Category:
|
0
comments
Ini adalah potret seorang rakan yang pernah bekerja sepejabat dengan saya. Oleh kerana rezeki beliau murah, maka dapat pula naik pangkat jadi Pegawai Eksekutif di Pejabat Tanah dan Galian Kelantan.
Potret ini adalah berdasarkan foto beliau semasa muda. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya melukis potret anda.
Wassal...
Ahad, Jun 06, 2010
Ini adalah tempahan yang terbaru yang sudah saya siapkan. Potret seorang pekerja di sebuah hospital di Kota Bharu bersama suaminya.
Alhamdulillah dapat disiapkan dengan cepat. Saya berharap agar beliau berpuas hati dengan hasil kerja saya ini. Terima kasih kerana sokongan dan kepercayaan terhadap saya. Saya mahu memberi hasil kerja saya yang paling baik untuk semua.
Saya berharap agar sokongan daripada semua akan berterusan supaya saya dapat menghasilkan yang terbaik...
Selasa, Jun 01, 2010
What is the difference between drawing and sketching?
Posted by Awie | Selasa, Jun 01, 2010 | Category:
|
0
comments

Saya wujudkan entri ini kerana ada pelanggan yang tidak dapat membezakan lukisan secara sketching dengan lukisan biasa (drawing). Sememangnya skecthing dan drawing berbeza. Ini yang saya dapat daripada Yahoo Answer :
Sketching is when you are quickly laying out your artwork with a basic outlines of what you want and where you want it.
Drawing is when you go into more detail such as adding those second marks on a watch. Practice a lot and you will become better at it.
Secara...
Isnin, Mei 31, 2010

Assalamualaikum w.b.t,Sepanjang 1 minggu saya memulakan perniagaan melukis potret secara online ini, ramai rakan-rakan yang baru mengetahui kebolehan saya ini. Kebolehan ini kurniaan Allah, saya tak mahu pula timbul perasaan sombong dalam diri dengan kebolehan yang sedikit ini. Syukur kerana Allah telah memberikan saya kemampuan sampingan yang dapat saya gunakan bagi memperoleh sedikit nikmat daripadanya. Apa yang saya mahukan adalah menambahbaik skil dan teknik saya...
Sabtu, Mei 29, 2010
Alhamdulillah, saya sudah selesai melukis potret yang ditempah oleh pelanggan saya ini. Lukisan ini dapat diselesaikan dalam masa yang singkat kerana dibuat pada hari minggu. Ini adalah potret seorang rakan saya, seorang pengaturcara komputer yang hebat.Selepas ini saya akan teruskan pula dengan lukisan yang lain. Alhamdulillah sambutan agak menggalakkan daripada pelanggan. Mujur juga ada Facebook, dapatlah saya berkongsi hasil kerja saya dengan orang lain. Ada juga...
Jumaat, Mei 28, 2010
Lukisan terbaru 27/05/2010 - Hero Twilight
Posted by Awie | Jumaat, Mei 28, 2010 | Category:
|
0
comments
Lukisan ini dihasilkan agak cepat iaitu dalam masa 3 hari kerana saya ada tempahan yang perlu disiapkan. Juga kerana saya mahu mengisi blog saya dengan karya terbaru. Saya pilih Robert Pattinson sebagai karya terbaru saya kerana karaktornya yang hebat di dalam filem Twilight.Mungkin selepas ini saya akan cuba melukis tokoh-tokoh pula jika berkesempatan. Tetapi yang penting adalah saya perlu menyiapkan tempahan dari pelanggan dalam tempoh yang ditetapkan. Walaubagaimanapun...
Khamis, Mei 27, 2010

Cuba lihat gambar yang paling atas sekali dalam blog ini. Ini adalah potret anak saya yang ke-2, Alisya. Lukisan ini merupakan lukisan yang saya secara peribadinya suka sebab saya telah berjaya improved beberapa perkara yang penting terutama dari segi nilai garisan (terima kasih Pak Abu). Ini adalah lukisan paling baru dalam koleksi saya setakat ini. Saya sekarang sedang menyiapkan satu lukisan lagi. Selepas itu ada lagi satu tempahan yang perlu disiapkan dalam minggu...
Rabu, Mei 26, 2010

Penyanyi yang paling popular kat Malaysia. Siapa lagi? Mestilah Dato' Siti Nurhaliza. Lukisan ni dilukis pada tahun 1998 semasa saya masih belajar kat UiTM. Masa ni Dato' Siti baru kenal dunia hiburan. Belum seglamer sekarang. Kalau tengok video klip dia pun biasa-biasa saja pada masa tu. Suara pun belum cukup power lagi.Sekarang ni dah banyak pencapaian beliau. Malah sudah kaya-raya. Rumah pun harga juta-juta. Rezeki dia. Itulah dia, potret seorang yang terkenal dalam...

Sekitar tahun 1998/1999 dulu britney spears ni sangat popular. Pendek kata lagu-lagu dia ni menjadi siulan remaja la. Masa tu saya berpraktikal di UiTM Shah Alam. Ada masa terluang maka saya pun melukis potret dia. Potret ni sekadar mengasah bakat seni saya dan mengisi masa terluang. Sekarang ni Britney Spears pun dah jadi mak budak. Maknanya dah lama lah lukisan ni, lebih kurang 10 tahun yang lepas. Itu lah halnya dengan potret ni. Apabila ditenung-tenungkan teringat...
Selasa, Mei 25, 2010

Lukisan ini dihasilkan pada tahun 2002. Ketika ini kami masih belum berkahwin. Lukisan ini amat bermakna kerana terhasil semasa di awal perkenalan kami. Alhamdulillah perhubungan kami dapat dirapatkan lagi dengan ikatan perkahwinan pada tahun 2004. Hubungan jarak jauh (KB-KL) tidak memberikan masalah kepada kami. Hubungan perkahwinan mestilah berteraskan kepercayaan di dalam diri pasangan barulah berkekalan.Lukisan ini sekarang sudah diframekan dan digantung di rumah...

Gambar ini dilukis sekitar tahun 2007. Dilukis secara santai kerana saya tidak menetapkan sebarang dateline bagi melukis gambar keluarga. Danish adalah seorang yang periang dan mudah mesra dengan orang lain. Suka bergurau terutama dengan adiknya, Alisya. Nakalnya pun boleh tahan. Suka sangat dengan gula-gula dan aiskrim. Budak-budak kan, macam tu lah. Kalau dia hendakkan sesuatu diulang-ulangkan permintaannya sampaikan telinga kami pun dah tak tahan mendengarnya. Kalau...
Isnin, Mei 24, 2010

Assalamualaikum w.b.t,Nama saya Mohd Asmawi, seorang pelukis potret separuh masa. Saya suka melukis semenjak kecil. Mungkin kerana bapa saya juga mempunyai kemahiran tersebut. Saya tinggal di Pasir Pekan dalam jajahan tumpat di negeri Kelantan.Melukis menjadi sumber sampingan saya. Saya bekerja tetap di sebuah jabatan kerajaan negeri Kelantan.Melukis sebenarnya memberikan kepuasan kepada saya. Saya berasa amat senang hati apabila dapat menyiapkan sesebuah lukisan. Melukis...
Langgan:
Catatan (Atom)